Background

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, August 26, 2011

Kata-kata Buat Julia...

Aku menulis kata-kata ini khas buat sahabat baikku Norjulia Binti Khalid.
Aku menulis kata-kata ini untuknya kembali pulihkan semangatnya yang telah rapuh.
Aku menulis kata-kata ini ikhlas dari lubuk hati kecilku,

Jue, ku cuba untuk tidak menangis didepanmu, walau sebenarnya hatiku teramat sedih melihat kesengsaraanmu. Tuhan amat menyayangimu sehigga kau diduga sebegini rupa. Kau adalah insan terpilih mendapat dugaan sebesar ini kerana Allah tahu kau mampu melaluinya. Kau insan yang kuat. Banyak dugaan yang kau lalui dan aku akui aku tidak sekuatmu untuk melalui dugaan seperti kau. Bergantung haraplah pada-Nya, berdoalah pada-Nya, percayalah pada-Nya. Ada sebabnya mengapa kau diduga sebegini. Suatu hari nanti kau akan tahu juga.
Malah Jue... masih ramai insan yang menyayangi dan memerlukanmu. Keluargamu, anakmu yang sedang merinduimu. Rakan sekerja, rakan taulan yang risau dan ambil berat tentangmu, malah aku sendiri merasai separuh semangatku hilang kerana kau adalah penyumbang semangatku jua. Setiap detik aku berdoa agar kau kembali seperti asal, berborak bersamaku, bergurau, bercerita, berbincang, oh! rindunya aku untuk menelefon officemu. Banyak benda yang aku perlu bantuanmu sebenarnya, Jue. Setiap rakanmu juga mendoakan kau pulih,
Kuatlah wahai Jue, kuatkanlah semangatmu melawan penyakitmu. Kuatlah demi dirimu, demi anakmu dan keluargamu, kuatlah demi kawan-kawanmu dan demi aku. Jangan bersedih, jangan lemah, jangan patah semangat dan jangan mengaku kalah. Aku tahu kau insan yang kuat, aku sentiasa dibelakangmu menyokongmu. Doaku sentiasa mengiringimu.
Kembalilah sehat wahai sahabat yang pernah aku isytihar sebagai sahabat dunia akhiratku suatu ketika dulu. Masih ingatkah kau di zaman persekolahan kita dahulu. Walau siapa pun sahabatmu di matamu, namun dihatiku kau tetap sahabat baikku. Aku banyak terhutang budi padamu, yang belum dan mungkin tidak mampu untuk aku membalasnya. Hanya Tuhan sahaja yang mampu membalasnya. Jasamu tak pernah hilang dari ingatanku. Aku masih memerlukanmu wahai Julia.

Aku ingin melafazkan kata-kata ku ini kepadanya nanti. Semoga aku mampu untuk meluahkannya. Aku berdoa agar Norjulia Binti Khalid segera sembuh dan kembali seperti asal. Ya, Allah tunaikan doaku ini. Sesungguhnya Kau yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Amin, ya rabbal alamin..

 Kenangan bersama Jue Di Terminal Labuan, Sabah.

No comments:

Post a Comment