Background

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, August 26, 2011

Sahabat Baikku Ditimpa Malang

Pada hari Selasa, lalu 23 Ogos 2011, bersamaa 23 hari kita berpuasa, saya dikejutkan berita sedih. Emma, kawan saya memberitahu bahawa Jue telah ditimpa kecelakaan di mana secara tiba-tiba dia seperti terkena serangan strok dan sekarang berada di wad ICU. Di waktu itu, iaitu pada hari Isnin, 22 Ogos 2011, Jue sedang bersama dengan Emma yang mempunyai urusan di Klang. Aku yang dalam keadaan kebingungan dan antara percaya dan tidak terus meminta balik awal dari kerja dan terus bergegas ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) utnuk melihat keadaannya.

Oh, sesungguhnya hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa hati saya sedih dan sayu melihat keadaannya sehingga sebegitu rupa. Dia hanya mampu mengerlipkan mata, tiada pergerakan badan, tiada percakapan, tiada tindak balas darinya. Setiap percakapan saya dibalasnya dengan kerlipan mata dan tarikan nafas yang dalam. Di sebabkan waktu melawat yang sememangnya telah tamat, saya tidak berkesempatan untuk menatapnya dengan lebih lama. Sekeluarnya saya dari wad tersebut, saya terus tercangkuk menangis. Ya Allah, sengsaranya kawan aku. Kenapa perkara itu boleh berlaku..

Menurut Emma, semenjak beberapa minggu ini, Jue mengalami kesakitan tengkuk, yang dikatakan tersalah posisi tidur. Kemudian, dia mengalami pula urat timbul dibahagian kaki, dan juga sakit2 belakang. Sebelum kejadian itu berlaku, Jue mengatakan dia mengalami sakit kepala dan Emma bercadang untuk mengahantarnya pulang ke rumah dan mengambil MC separuh hari. Namun, tidak sempat kerana Jue tiba-tiba termuntah, dan mengalami kekejangan seluruh badan dan kemudiannya tidak sedarkan diri seharian. Jue sempat bercerita dan paling saya terasa sedih, dia tetap mengatakan dirinya OK walaupun sebenarnya dia memang tidak OK untuk tidak membiarkan Emma risau akan dirinya. Emma terus menghantarnya ke HTAR yang kebetulan kejadian itu berlaku berhampiran dengan HTAR.

Kami sehingga kini kehairan kenapa Jue secara tiba-tiba mengalami keadaan seperti ini kerana dia tidak pernah mempunyai sejarah sakit kronik seperti darah  tinggi, kencing manis mahupun jantung. Dia sihat seperti kami dan dia juga masih muda untuk penyakit seperti itu. Doktor juga sehingga waktu ini tidak dapat memastikan penyakit sebenarnya. Atau mungkin dia mengalami stress yang teramat menjadi punca penyakitnya kerana yang saya maklum dia memang stress sejak dari beberapa bulan yang lalu. Namun apakan daya bila Allah mengatakan 'kun fayakun', maka kejadian itu pun berlaku.

Semoga Julia yang berada di wad lima unit rawatan rapi (ICU) Hospital tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor, cepat sembuh dan sihat seperti asal. Saya akan sentiasa ingin mengetahui setiap perkembangan dia.   
Saya minta jasa baik semua readers tolang doakan kawan saya Norjulia Binti Khalid cepat sembuh dan ceria seperti biasa. 

Amin. ya rabbal alamin.

Julia sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak yang umur baru setahun lebih.

No comments:

Post a Comment