Background

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 19, 2014

Kini aku kembali...

Salam Jumaat kepada semua blogger atau pengikut setia blog Valueiz Alfino ini. Hari ini bertarikh 19.12.2014, bermakna lebih setahun aku tidak mengaktifkan diri dalam bidang ini. Maaf ku pinta buat semua. Kerana kesibukan kerja yang semakin bertambah, kerana kekangan dalam kehidupan dan kerana faktor usia, membuatkan aku penat dan letih seharian. Aku memohon maaf sekali lagi buat kalian.

Sedar tak sedar, adikku sudah pun berumah tangga setahun yang lalu. Sedar tak sedar juga, dia telah pun dikurniakan anak lelaki yang sihat, Alhamdulillah dan comel bangat. Aku? masih lagi seperti dulu. Masih lagi single, masih lagi mempunyai kehidupan yang tidak sempurna seperti sahabat-sahabat ku di luar sana. Masih lagi keliru dalam soal hati dan perasaan ku ini. Dan masih lagi mengejar impian murni aku. Namun... tidak seperti dulu, kini aku redha dengan ketentuan Illahi. Aku tidak lagi menyalahkan orang yang teramat penting dalam kehidupanku, yang sebenarnya dia memetingkan kebajikanku sejak dari aku dicipta lagi. Aku yakin dan pasti setiap apa yang telah Allah rancangkan buatku...

Akan ku kongsi kan dengan korang semua apa cerita ku di post yang seterusnya. Kerana banyak cerita yang ingin aku kongsikan sebenarnya... Ada gembira dan ada juga yang sebaliknya. Sekali lagi, ku mohon maaf dari kalian ya! So, stay stuned...