Background

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, October 10, 2013

Oh tuhan! Ku pinta hati milik Mu ini dikuatkan...

Tinggal lagi 3 hari je lagi nak ke tarikh 13.10.13. Tarikh keramat bagi adik ku. Tarikh di mana dia bertukar status single ke married. Tarikh tu juga adalah dugaan yang Allah beri pada ku tuk mendidik aku menjadi lebih tabah dan redha.

Pelbagai perasaan yang bercampur baur di dalam diri aku. Suka, sedih, teruja, bangga, semua menjadi 1. Dalam aku sedang membantu adikku membuat persiapan, pelbagai keajaiban yang aku nampak. Betul la orang kata, jika jodoh sudah sampai, segala laluan dipermudahkan, Allah bantu segalanya. Namun jika sebaliknya, walau kita sudah merancang, ketentuan Allah kita tidak mampu menghalang. Sesungguh Allah lebih mengetahui kenapa dan mengapa. Dan sesungguhnya aku sedang cuba untuk redha dengan ikhlas di setiap dugaan yang Allah turunkan terhadap ku.

Ya Allah kuatkanlah semangatku, tabahkanlah hatiku, dan tolong jangan Kau mudahkan air mata ku mengalir di hati keramat itu. Semoga aku boleh hadapi situasi itu dengan tenang. Amin ya rabbal alamin

Friday, August 16, 2013

Kerana aku seorang KAKAK

Aku adalah anak first perempuan dalam family, punya seorang abang dan 3 lagi adik bawahan aku. Dan kerana aku KAKAK, cara didikan aku berbeza dengan adik2 yang lain. Walaupun aku punya abang, seperti yang anak2 sulung yang lain dia diberi layanan istimewa berbeza dengan adik2nya yang lain.

Berbeza antara abang,  aku dan adik-adik aku.
Kerana aku KAKAK sejak dari kecil aku telah digalas dengan tugasan untuk menjaga adik
Kerana aku KAKAK aku perlu selalu mengalah dan memberi peluang  disamping membantu adik.
Kerana aku KAKAK ibu bapa aku mahukan aku jadi seorang yang terbaik untuk mereka, agar aku dapat menjadikan contoh dan role model kepada mereka.
Kerana aku KAKAK segala kehendak dan kemahuan aku perlu ditapis, dikaji dan diteliti untuk mendapat kelulusan .
Kerana aku KAKAK dari aku remaja, pergaulan aku perlu ada had dan batasannya.
Kerana aku KAKAK banyak perkara yang membuatkan aku makan hati, cemburu sejak bertahun-tahun lamanya.
Dan kerana aku KAKAK patutkah aku lalui semua itu? Disayangi tanpa diberi perhatian?

Jadi, dimanakah tugasan seorang ABANG?
Bukankah ABANG yang patut mempertahankan adik2 perempuan mereka?
Bukankah ABANG yang patut menjaga ibu bapa mereka?
Bukankah itu semua ada tertulis di dalam kitab2 Allah?
Dan bukankah itu yang patut ibu bapa aku lakukan dan terapkan sejak kami kecil lagi?

Dan ADIK,
Sepatutnya ADIK perlu menghormati abang dan kakak.
Sepatutnya ADIK perlu memahami abang dan kakak.
Sepatutnya ADIK perlu membantu abang dan kakak.
Dan sepatutnya ADIK perlu mempertahankan abang dan kakak

Namun, aku hanya seorang  ANAK,
Layakkah seorang  ANAK untuk tidak mengikut arahan ibu bapanya?
Layakkah seorang ANAK memberontak, membantah dan berkecil hati dengan tindak tanduk ibu bapanya?
Layakkah seorang ANAK mengatur dan mengarah ibu bapanya membuat mengikut arahannya?
Dan layakkah seorang ANAK mempersoalkan dan mempertikaikan semua itu?

Bukan aku merungut, namun jauh di sudut hati aku juga ada kemahuan dan kehendak aku sendiri. Yes! Memang aku seorang penakut, takut untuk membantah arahan ibu bapa aku, takut untuk mempertahankan kehendak aku dan takut untuk memperdegilkan diri aku seperti yang telah dilakukan oleh adik-adikku. Jika diberi peluang dan ruang ingin sahaja meluahkan segala yang terpendam di dalam hati aku sejak berkurun lamanya kepada ibu  bapa aku. Tapi… biarlah, mungkin suatu hari nanti Allah akan bukakan hati dan pandangan mereka terhadap diriku. Jika waktu itu tiba namun telah terlambat, aku telah dan sentiasa memaafkan mereka semua kerana aku amat menyayangi mereka walau hati aku luka sekali pun.. Tanpa mereka siapa lah aku di muka bumi ini. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui segala-galanya. Kita hanya manusia biasa yang hanya memegang watak dan peranan di pentas duniawi.


Maafkan aku jika entri kali ini membuatkan kamu semua tidak senang hati, Cuma mahu berkongsi kesedihan bukan meminta simpati. Jika tidak sudi, klik butang pangkah di sudut atas sebelah kanan. 
Maafkan aku sekali lagi…

Wednesday, March 20, 2013

My Almost Perfect Guy

Hai uols! Sekarang ni aku masih di office. Sedang aku sibuk menyediakan borang EA untuk staf-staf Victoria Crest ni, tetiba tergerak hati nak update blog kejap. Pelik kan? haha! Ntah kenapa hati ini ingin sekali bersyukur dan memberi penghargaan kepada insan yang kini hampir menjadi sebahagian dari family aku. Siapa lagi kalau bukan Incik tunang aku. Biarlah korang nak kata aku gedik ke apa. Sebab setahu aku memang tersangat la jarang sekali aku nak memuji dia (kesian sapa jadi sayang aku kan? hehe)

Sepanjang aku bertemu dan membina hubungan dengan orang di sekeliling, tidak kira lah kawan ke ex ke bff ke, memang sukar untuk mendapat  orang yang betul-betul faham dan peka terhadap keadan aku. Boleh dikatakan dalam 10 orang tu belum tentu kita boleh dapat orang yang sedemikian dan andai kalau kita dapat sekali pun, belum tentu dia adalah 100% seperti yang kita harapkan. Even, nak capai 80% pun susah, lagikan nak dapat markah penuh. Even, insan yang paling dekat dengan aku pun takkan ku bagi markah penuh juga.

Tapi untuk dia, aku boleh bagi 90%. Ok lah... A juga kan? hehe. Dia boleh faham dan tahu situasi-situasi mood aku. Macam mana aku baru nak marah, macam mana aku tengah marah, macam mana aku nak tangani marah dan macam mana aku dah tak marah. Semuanya dia tahu. Oleh sebab itu, dia tak rasa pelik bila kau berperangai pelik. Hehe! Orang lain pelik, dia sorang je tak pelik. Pelik kan?

Sesungguhnya aku bersyukur kerana aku telah dipertemukan dengan dia. Baik dia ke buruk dia ke, aku boleh terima dia seadaanya dan tersangat selesa dengannya. Jika di takdirkan  dia bukan jodoh aku, aku tetap bersyukur kerana dia banyak mengajar aku tentang kehidupan yang sebenar. Dia juga mendidik aku supaya menjadi insan yang berguna dan dihargai oleh orang lain walaupun sebenarnya kita tidak sebaik mana pun. Bukan aku berdoa untuk itu, tapi aku berserah sebulat-bulatnya kepada Yang Maha Esa kerana Dia yang menentukan apa yang kita rancang. Sokong tak?

Ok la! stop di sini dulu dan sambung balik kerja yang tertangguh. Anywhere, thanks a lots to My Sweety Honey Bunny Incik SAP my H2B coz tersangat memahami aku dan tersangat bersabar dengan karenah aku sepanjang hampir 6 tahun kita menyulam kasih. Harap kasih yang kita sulam selama ini akan membuahkan hasil yang dapat memuaskan hati semua pihak. Andai kata sulaman kasih kita ini tidak secantik mana, sekurang-kurangnya ia menyedapkan mata yang memandang, sudah cukup memadai. Semoga segala urusan kita untuk bersatu akan dipermudahkan. Amin.

Thursday, March 7, 2013

Sejenak Aku Tersedar


Sedang sibuk mengejar apa yang ada di hadapan kita, membuatkan kita terlupa untuk menghargai apa yang kita ada sekarang. Ternyata! Itu lah yang aku sedang rasai sekarang. Seharian sibuk bekerja, seharian jugalah pulang dengan keadaan yang letih dan penat. Berapa banyak masa yang aku dapat luahkan untuk insan2 yang aku sayang? Mungkin bagi aku itu tidak penting, adakah bagi mereka rasa tidak penting juga? Mungkin pada mereka sebaliknya sehingga membuatkan mereka tersinggung terhadap perlakuan kita?

Sedang aku sibuk mencari kekayaan, mencari nafkah untuk aku meneruskan kehidupan aku, membuatkan aku mengabaikan insan yang aku sayang. Perlu ke aku berlaku sedemikian rupa? Kerdil sangat kah dia di mata aku? Besar sangatkah aku berbanding dia? Terlihat pasangan lain sedang melalui musim bahagia mereka, lalu aku terfikir sejenak, apa tidak bahagiakah aku dan dia selama ini?

Maka… di situ, hilang semua rasa sakit hati, dendam, marah aku di atas apa yang telah berlaku. Ya! Aku bukan insan yang pendendam, aku lebih suka redha dan memaafkan segala kesalahan insan lain terhadap aku. Kerna aku juga insan biasa, pasti akan melakukan kesilapan jua kelak, pasti! Setiap apa yang berlaku ada sebab yang munasabah dan ada hikmah juga disebaliknya. Sesungguhnya Allah itu Maha mengetahui dan Maha berkuasa. Hati ini milik DIA, kita tidak layak untuk membenci hambaNYA yang lain. Malah, kita perlu menjaga amanahNYA, iaitu hati kita supaya tidak kotor, tidak busuk dan tidak jijik.

Semoga kita diberi ketabahan, kekuatan dan kesabaran penempuhi hari-hari yang mendatang. Setiap apa yang kita lalui pasti mematangkan kita kelak. Dan semoga kita boleh terima dengan redhanya jika kita diuji walau sekuat mana pun, kita tidak akan menyalahkan takdir. Semoga aku perolehi itu semua. Amin

Monday, January 14, 2013

Halamak! My Spectacles Semakin Menebal.

Last time balik kampung, dapat tahu yang my adik perempuan yang dua orang tu termasuk la my mum dah buat spectacles baru. Hish! tak boleh jadi ni. My spec ni dah masuk tahun yang ke 5 tau tak bertukar. So, last week aku dah nekad nak buat juga spec baru dan seharusnyalah makan ratus juga untuk menempahnya. Oleh dengan itu, perlu la aku bekerja dengan lebih bertungkus lumus untuk mendapat wang yang lebih untuk ke arah itu.

Ada lah dalam 3 4 buah kedai cermin mata yang aku masuk usha. Usha bingkai je kot... Haha! konon nak buat bingkai plastik hitam yang sekarang tengah trend tu (Cett! nak up to date juga tu). Aku teringin nak yang sama brand macam my adik perempuan pakai, brand Ray Ban. Tapi semuanya tak padan dengan muka aku yang agak chomel x berapa nak besar ni. So, aku dah decide nak buat kat kedai cermin mata yang pernah aku datang untuk beli contact lens last year. Kat situ best sikit. Tokey dia boleh kautim harga kasi kurang sikit harga bingkai. Terlampau ramah tamah pula tu, I loike! haha. Dan haruslah kan power aku meningkat dan terus meningkat. Rabun jauh yang dahulunya hanya 275 kini sudah menjejaki 400. Rabun silau aku yang dahulunya dah sememang menjejaki 425 sekarang dah jadi 475. Wah!!! cemerlang gemilang dan terbilang kan? Kalau result exam aku time belajar kat UMS dulu sebanyak ni kan best. Haha! Adoyai. Bab harga tu, harus lah mahal kan? Untuk power je, di sebabkan custom made kena la charge RM400++, belum lagi nak Photogray la, Multi-coated la ataupun Transition, untuk itu dah up jadi RM500++. Bingkai lagi... Nasib baik la tokey kedai yang ramah tamah lagi baik hati itu termakan pujuk rayu aku yang tak tergoda ini. dapat la half price dari RM350 tu. Brand Polo Smith je bingkai yang sesuai untuk aku dan semestinya bingkai plastik hitam. Yeay!

Setelah melihat power aku yang cemerlang, gemilang dan terbilang dan harga yang tip top meletop itu, hati kecil aku terdetik dan terus bernekad, untuk membuat pemedahan lasik pada suatu hari nanti. Harus menyimpan mulai sekarang. Tapi... bab menyimpan tu yang aku agak berat sikit. Tiap bulan tu, bila baru dapat gaji adalah asingkan duit untuk simpanan. Tapi bila dah sampai hujung bulan tu, korek balik duit yang aku simpan tu. Macam mana lah duit nak berkepuk kan? Jadi, jalan yang terbaik adalah main kutu la... Tu je cara yang the best dan tak lapuk den hujan dan tak lekang den panas, gitu... Tapi, layak ke mata aku untuk membuat pemedahan lasik? Tu lagi satu hal. Kadang tu bila aku dah penat simpan duit, dan berharapan tinggi, mesti tak dapat. Harap2 boleh la kan, kan, kan? Hai, tak de ke mereka-mereka doktor mata yang baik hati yang sudi bagi diskaun yek, half price ke kan serondok. Haha! terlampau kau ni Alfizahnur.

Ok, la. Uolz... The next post, aku akan paparkan seba sedikit infomasi pasal pemedahan lasik. Kena surf internet and tanya pak google dulu yek. Kalau rasa uolz dah terlebih tahu sebelum aku, sudi-sudi la bagi komen di bawah. Untuk aku simpan buat pekasam. Hehe. 

Ok, chao dulu. Nak sambung kerja di office yang serba keputihan ini. Haish, bosannya la kan? tu yang melencong update blog kejap tu. Sempat lagi tu. Haha!

See you soon.