Background

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, February 21, 2015

Impianku... Kini Direalisasikan

Betul la apa orang kata... Impian tu satu doa. Jika kita impikan sesuatu, simpan la impian itu dan jadikan ia sebagai satu azam yang ingin kita capai. InsyaAllah, dengan izin dari-Nya, Dia akan beri kita peluang itu suatu hari. Jika sebaliknya, jangan lah kau sedih, kerana Allah akan gantikan sesuatu yang lebih baik dan lebih sesuai buatmu...

Perkara first yang aku excited nak share ini adalah di mana, aku telah diberi peluang untuk mencapai impian aku ini. Jadi, akan ku ceritakan dari awal ya...

Aku mula menceburi bidang Graphic Design ni sejak dari tahun 2010 lagi. Di mana, sahabat ku yang sama-sama bersekolah, sama-sama sekampung dan sama-sama melepak mengeteh sebelum dia berkahwin, telah bermurah hati mengajar aku asas macam mana nak guna Adobe Illustrator (CS3 ketika itu). Waktu itu aku ingin membuat logo untuk kompani I Am Thirty, kompani business partner aku. Selama dua ke tiga kali aku belajar dengan dia, selebihnya aku praktis sendiri, lama-kelamaan aku menjadi mahir sedikit demi sendikit. Ketika itu, sibuk mempraktiskan kebolehan aku dengan mereka kad jemputan kahwin aku beserta dengan doorgift. Aku perlu berterima kasih dengan sahabatku yang tidak kedekut ilmu dan mengajar aku dengan ikhlas.

Kemudian, aku mula mengorak langkah dengan memulakan business ini secara online mahupun offline secara partime. Aku banyak menerima tempahan design untuk pelekat, businesscard dan kad jemputan dari sahabat handai yang menyokong aku dan dari pelanggan Instagram. Aku mula menanam impian ingin membuka kedai printing sendiri. Malah business partner aku juga memberi dorongan kuat terhadap aku untuk tujuan itu. Target aku untuk membuka kedai pada tahun ini 2015, tetapi dengan izin dari-Nya, Dia memberi aku peluang merasainya lebih awal. Alhamdulillah, aku bersyukur kehadrat Ilahi. Aku mula mengambil alih salah satu outlet business partner aku pada Disember 2014 secara sambilan ketika itu kerana aku masih terikat dengan kerja hakiki aku.

Bermula pertengahan Februari 2015, aku secara officialnya menjadi Graphic Designer sepenuh masa di kedai aku yang bertempat di Selayang, Selangor setelah aku dengan tekadnya memberi notis berhenti kerja selama 2 bulan di syarikat yang lebih 5 tahun aku bekerja sebelum ini. Walaupun berat hati aku ingin meninggalkan kompani yang aku bekerja dari mula ia dibuka namun, sedikit sebanyak ia mengurangkan tekanan yang aku alaminya sepanjang aku bekerja di situ. Tetapi aku masih lagi menyokong kompani tersebut walaupun aku bukan kakitangannya lagi.

So! kepada sesiapa yang sedang atau ingin mencari perkhidmatan pencetakan khasnya tshirt, amnya seperti Businesscard, Banner, Bunting, Sticker, Kad Kahwin dan lain-lain, bolehlah datang ke kedai kami di alamat seperti berikut;

Untuk Cawangan Pandan Indah;
9M, Jalan Pandan Indah 1/23, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur.
No Telefon: 03-9274 7077

Untuk Cawangan Selayang;
No 11, Jalan 11A, Selayang Baru, Batu Caves, 68100 Selangor.
No telefon: 03-6127 7707