Background

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 13, 2012

Stres Itu Di Mana-mana Sahaja

Seriusly memang aku sedang stres sekarang, tidak kira dimana aku pergi, stres itu ada di mana-mana. Di pejabat, haruslah... nama pun kerja, mana ada kerja tak stres. Balik rumah, stres fikir pasal perkahwinan yang tak pernah nak settle. Balik kampung, pun stres kena berdepan dengan emak yang hendak aku dijodohkan dengan orang lain. Arrggghhh! tak lama lagi boleh dapat darah tinggi aku ni. Sabar pza, sabar. Tiada kata lain yang mampu diberi melainkan sabar. Itu jugalah kata-kata yang diberi oleh kawan-kawan ku. Thanks pada korang yang sudi memberi nasihat kepada ku.

Andai hati dan perasaan ku ini boleh di scan, pasti mereka akan memahami betapa aku memerlukan seseorang yang boleh memberi jalan penyelesaian kepada ku. Dan aku tahu hanya pada-Nya, jalan penyelesaian itu ada. Hati ini, milik Allah. Sampai bila-bila pun ia tetap milik Maha Pencipta. Jadi apa yang perlu kita buat adalah berdoa agar Dia tenangkan hati ini.

Walau apa pun terjadi pza, walau kau kena laluinya sendirian, kau tetap kena lalui. Allah takkan uji hambaNya jika hambaNya tidak mampu untuk laluinya. Maka, Allah tahu kau adalah insan terpilih dan mampu untuk lalui ujian ini (Nasihat untuk diri sendiri).

Semoga episod sedih kehidupan aku ini berjalan dengan segeranya dan akan diganti pula dengan episod bahagia yang aku dambakan selama ini. Amin ya rabbil alamin

Saturday, November 3, 2012

My Dearest Cici... Terima kasih buatmu kerana pernah singgah dalam hidupku...


Assalammualaikum korang... 
Sesunnguhnya aku sedang merindui kucing kesayangan ku ini. Dan dengan rindu yang sedang membuak-buak ini, terlintas difikiran untuk aku semadikan di blog kesayangan aku ini. Untuk pengetahuan readers semua, kucing kesayangan aku ni (Cici) telah ke dunia lain dan tidak lagi dapat bersamaku di bumi ini. Inilah gambar terakhir dia yang sempat aku ambil. Keesokan harinya dia sakit dan terus menghilangkan diri. Sekembalinya aku dari kampung (untuk sambut hari raya haji bersama family tercinta) aku dapat tahu yang dia telah pun mati. Huaarrrggghhh! sedih beb sebab aku jaga dia dari kecil. Jadi haruslah terasa kehilangan bila dia sudah tidak kembali lagi. Dan hari ini genap lah seminggu dia pergi tinggalkan aku.


Tengok! comelkan dia. Masa ni aku baru amik dia jadi pet aku. Konon-konon nak kawankan dengan si bobo. Korang ingat tak bobo yang pernah aku cerita kat sini 


Geramnya aku bila tengok muka cici macam ni. Masa kecil manja sangat. Tidur pun nak atas badan aku.


Time ni muka dia dah berubah sedikit, dah membesar kot.

Cici memang kucing yang baik. Dia faham bahasa, ada bila aku sedih, berak kencingnya pun teratur. Cuma bila dia dah besar, dia kurang dah nak mesra-mesra dengan aku. Iya la rimas kot, dia pun nak freedom jugak. Oh, ya. lupa pulak, mesti korang tertanya-tanya kan punca kematian dia? Sebenarnya aku sendiri tak pasti. Makanan kesukaan dia nasi dan ikan bilis. Dia takkan makan makanan lain selain itu. Jadi hari-hari sesudah aku pulang dari office, akan ku sediakan makanan untuk dia. Tapi suatu hari tu muka dia monyok je dan dia aku nampak duduk  termenung di luar rumah. Bila aku angkat dan letak dia di dalam bilik aku, dia muntah-muntah dan tak nak makan macam biasa. Kelmarin baru aku diberitahu oleh jiran-jiran yang dia ada menangkap binatang diluar, kemungkinan dia keracunan makanan akibat termakan cencurut kot... Sian cici.


Ini pulak kuning. sebelum cici sakit, kuning demam. Dua hari dia berpuasa takde selera nak makan pape. Muka pun tak larat nak cuci. Sian aku tengok dia time ni, tidur je. 


Bila dia dah sihat sikit, nampak tulang ayam terus dia berselera. Kuning memang suka sangat makan tulang. Kuning pun sedih bila cici takde. Dia pun turut paham yang aku sedih juga. T.T



Mereka ni geng. Ni tengah dok menari lagu Oppa Gangnam Style. Hehe. Bila kuning keluar, cici ikut keluar. Tapi bila masuk balik, Cici la yang lambat sikit... Suka sangat lepak kat luar rumah. Tapi sekarang kuning je yang keluar masuk bilik. Makin manja dah dia sekarang yek...



Sweet kan dia? time ni dia duk mengacau aku tengah buat doorgift untuk weeding aku nanti. Nak marah pun tak jadi bila tengok dia duk baring kat situ. Jadi, kena la stop kejap manja-manjakan dia seketika.

Orang kata kalau kucing tu sayangkan tuan dia, bila dia tahu dia nak mati, dia akan menghilangkan diri. Sepanjang pengalaman hidup aku membela kucing, memang betul kenyataan tu. Macam tu jugak la berlaku kat cici. Sebab semenjak akhir-akhir riwayat hidup cici, dia dah tak suka duduk bilik lepak dengan aku. masuk untuk makan sahaja, lepak kejap tak sampai setengah jam keluar balik. Mungkin dia sedih kot sebab dia nak pergi. Dan dia tak nak aku sedih, sebab itu dia menjauhkan diri dari aku. Masa dia mati tu pun orang lain bagitahu aku yang dia mati kat tempat lain. Time tu aku balik kampung. Sebelum aku balik kampung, hati aku dah risau dah sebab dah memang tahu yang dia tengah sakit, muntah-muntah. Lepas tu seharian dia tak balik-balik.

Buat Cici kesayanganku, Thanks aku ucapkan sebab sudi menyerikan hidup aku sepanjang hayat kau selepas bobo menghilang dan pergi ke tuannya yang lain. Memang kau banyak berjasa, walaupun kau seekor kucing, namun kau la terapi kesedihan aku. Sesungguhnya aku sedih pemergian kau. Miss you so much my dear.... :(


> Cici dalam kenangan <



Saturday, September 15, 2012

Oh, aku allergik!

Beberapa hari yang lepas (setelah ditambah tolak dan bahagi, kira minggu lepas la senang), badanku tetiba sahaja naik bintat2 besar berwarna merah dan gatal-gatal. Puas aku fikir, apakah puncanya. Adakah akibat bed bug? kucing yang aku bela? atau hama? Siap aku sembur racun serangga yang paling kuat sekali di sekeliling tilam aku, pun masih gatal-gatal. Bila aku try tidur di rumah kawan pun masih juga ada bintat baru yang keluar. 

Bila dah rasa tension, aku pun pergi la berjumpa dengan doktor. Dan doktor memberitahu aku bahawasanya aku mengalami alergik. Baru aku teringat yang aku ada makan ketam sebelum hari kejadian (Aisehmen! bunyi macam kena kemalangan pula kan?) Dan doktor menasihati aku supaya jangan makan makanan yang mempunyai kandungan dari haiwan termasuklah yang bersekutu dengannya. Ini bermakna aku kenalah vegetarian sehingga la penyakit aku ni sembuh. Alamak!

Sehingga hari ini, dah masuk 4 hari aku vegi. Suffer la juga aku rasa. Just makan nasi yang ada sayur sahaja. Rasa apa tu? Nampak KFC, aku kena tolak ketepi. Nampak GCB, kena tutup mata. Yang tak menahan, nampak kawan aku makan paru lembu, perghhh! favourate aku tu... Telan air liur je la yang aku mampu. Hahaha! Jangan nampak laksa sudah. Hilang pantang aku. Kihikihkih! Pernah aku try makan sikit ayam goreng rempah (kunun-kunun buat ubat la sebab dah mengidam sangat kan kat benda tu, hikhik). Tak sampai setengah jam, menggaru aku kat dalam office. Haha! pandan muka kau fiza!.

Tapi, yang menghairankan aku, kenapa bila aku vegi, ramai orang ingat aku diet? vegi tak semestinya aku diet. Ramai yang salah beranggapan macam tu. Untuk diet tak digalakan vegi sebab ia membuatkan imunisasi dalam badan kita menurun dan ianya tak elok untuk kesihatan badan dan kulit kita.

Aku telah dilarang untuk berdiet atas alasan nanti baju nikah aku pakai jadi longgar. Bila dah longgar, dah orang ingat aku pakai baju pinjam. Siapa yang dapat susah? Akaq jugak, dik! Namun, walaupun aku tak berdiet, aku tetap cuba untuk mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit. (degil jugak aku ni kan?)

Berbalik kepada penyakit alergik aku tadi. Seriously, bila aku just makan sayur je, badan aku tak gatal-gatal langsung dan aku berada disituasi yang sangat selesa seperti sebelum ini. Alhamdulillah... Rupa-rupanya aku alergik dan bukan sebab bed bug mahupun kucing Sebab aku dah puas jadi serangga lahanat tu di sekeliling bilk aku, mana ada! Dan andailah kata memang aku dah tak boleh makan haiwan, OMG! takkan aku nak vegi seumur hidup aku? tak boleh jadi ni. Apa yang aku harus buat, adalah selepas alergik kau ni dah baik, aku akan try makan daging, ayam, ikan mahupun kambing sikit-sikit untuk percubaan. Kalau ok, Alhamdulillah la. Kalau tak boleh, kena la aku vegi seumur hidup aku, adeh... APTB.

Oklah uolz... Jumpa lagi! bye bye!

Aku Bergerak Mengikut Gerak Hatiku

Tinggal lagi sebulan je lagi aku nak bertukar status. Tapi, hatiku tak berkobar-kobar pun macam B2B yang lain. Namun tangan dan kaki ni tetap bergerak membuat persiapan untuk majlis pernikahan tersebut. Otak tetap berputar mendapat idea untuk doorgift apa yang nak diberikan. Kenapa yek begitu keadaan aku? Sudahkah aku bersedia untuk memikul tanggung jawab menjadi seorang isteri kepada H2B aku dan adakah dia ingin memperisterikan insan seperti aku? Beginikah ex B2B alami seketika dulu? Mungkin seru dan jodoh aku dah sampai kot. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana.

Memang banyak dugaan yang aku tempuhi sepanjang tempoh pertunangan ini. Sehingga ke saat ini, aku terus di uji dan di uji. Bagaimanakah agaknya ujian yang akan aku lalui selepas ikatan sah itu? Yang pasti dugaan itu lagi mencabar dari yang kini. Dapatkah aku laluinya dengan penuh kesabaran dan terima seadaanya? Fuh!! (kesat peluh di dahi kejap)

Antara persiapan yang telah aku buat:

1) Membeli al-Qur'an sebagai hantaran
2) Menyediakan kotak hantaran. Esklusif jugak la kotak yang aku dapat tu.
3) Menempah doorgift (beli dalam internet je, sebab aku dah survey kat luar, tak secantik apa yang aku nampak dalam internet)
4) Kotak comel untuk doorgift, aku DIY sendiri. Baru buat sikit. Kena cari kertas murah kat kedai buku untuk tindakan seterusnya.
5) Borang nikah aku dah beli lama dah, tinggal nak jumpa tok kadi je ni dan tunggu side lelaki bagi borang dia.
6) Baju nikah aku siap dah. Tudung pun dah siap cari. Tinggal tunggu penghantaran je. Next week dapat la tu.

Aku nak inform (tak pasti la dah inform ke belum sebelum ni) yang bahawasanya, next month aku just nikah sahaja. Majlis reception akan dibuat pada kemudian hari atas permintaan orang tuaku. Walau hati ini ingin seperti orang lain, namun apakan daya terdapat beberapa halangan. Hanya empunya diri sahaja yang mengetahuinya.

Sekian untuk entri aku kali ini. Maafnya sebab nada seperti orang sedang beremosi tapi sebenarnya aku ok jerk... 


Friday, August 31, 2012

Happy Merdeka Raya! 2012!

Hari ni, 31 Ogos 2012. Bermakna, kita menyambut kemerdekaan yang ke 55 tahun, sama usia dengan mak aku. Bersamaan 13 Syawal 1433H. Sedar tak sedar, esok genap setahun aku ikat tali pertunangan dengan H2B aku. Sepatutnya Majlis kena berlangsung pada tarikh ini, Tapi atas permintaan parent aku, makanya kami kena lah tangguh majlis tersebut ke tarikh yang akan diberitahu kelak. Pun begitu, pernikahan harus juga dilangsungkan dan disebut 'Nikah Gantung'. Kami dijangkakan bernikah pada bulan Oktober ini dan tarikhnya perlu dirahsiakan terlebih dahulu kerana belum 100% pasti. Manalah tahu time tu tok kadi busy nikahkan orang, kena la pilih tarikh lain, kan?

Proses persiapan pernikahan, rasanya berapa peratus ek? Sukar untuk dinyatakan sebab nikah je pun kan... Borang pihak lelaki cuma tinggal tunggu H2B minta signature dari Kariah kawasan, kemudian dihantar ke JAIS. Bahagian aku pulak, aku dah siap beli borang. Kena tunggu pihak lelaki siap, baru aku boleh settlekan bahagian aku. Baju pulak... baju aku siap dah dijahit dan ditambah sulam dan manik. Cuma tinggal cari tudung je. Hah! tang tudung tu yang agak rumit sikit untuk aku pilih. Dah berbulan aku dok fikir kat mana la nak cari tudung yang mengikut citarasa hati dan naluri aku ni la hai... Dengan kereta masih di bengkel lagi, susah takde transport nie. Nak bergerak pun terbatas. Siapa kata kereta tu kehendak? Memang tersangat la aku tak sokong. Untuk aku, kereta adalah keperluan. Nak harap bas, area tempat aku tinggal ni terputus hubungan kenderaan awam yang hendak ke Shah Alam. Bas yang nak ke KL banyak la. Tapi kaki aku nie berat je nak ke KL sesorang la. Aduyai, memang tak syok. Berbalik semula cerita pasal baju tadi. Yang belum settle adalah baju melayu H2B. Dia tu busy la memanjang. Susah betul nak ajak p jumpa tailor. Tapi esok aku ingat nak push dia pergi juga. Betul la orang kata, bertunang ni banyak dugaan. Ada je gangguan dari syaitan untuk kita tangguhkan benda yang baik.


Actually, kalau diikutkan perasaan, seriously, memang aku takde feel yang excited untuk jadi isteri orang ni. Nak berfikir pun malas. Bukan aku sengaja malas berfikir. Disebabkan keadaan kerja aku yang 9 jam busy, membuatkan aku tak sempat nak fikir.Terkadang tu aku stres juga dengan kerja aku sekarang. Hari-hari mengadap komputer, tengok angka. Rasanya mata aku ni dah berganda power bertambah agaknya. Dah la, nak buat cermin mata aku ni mahal. Nak pakai lens, aku takut kena katarak. Hihi. 


Bila terlihat pasangan lain, aku tengok mereka happy je, bahagia je, beli barang sama-sama, pilih barang sama-sama. Macam best je.... Tapi tu apa yang kita tengok. Yang kita tak tengok kita tak tahu kan? Sama je kot semua. Ada time happy, ada time gaduh. Bagi aku, sepanjang 5 tahun 4 bulan 1 minggu 2 hari aku bercouple dengan H2B, memang banyak onak dan duri yang kami tempuhi termasuklah berkaitan dengan hati dan perasaa, kewangan, ketidakselesaan, gangguan anasir-anasir luar, kesibukan dan ke ke yang sewaktu dengannya. Apa yang mampu aku lakukan, cuma berdoa dan berserah kepada Yang Maha Esa. Jika benar apa yang tercatit di atas, memang dia dicipta untuk aku, dan akulah tulang rusuknya, aku terima dengan redha. Begitu juga kalau sebaliknya, kerana jodoh kita telah ditentukan oleh Allah sewaktu kita berumur 4 bulan di dalam kandungan ibu kita lagi.


Sekian sahaja laporan aku untuk kali dan waktu ini. Kita sambung di entri yang akan datang, yek!

Anyway, Selamat Ulang Tahun Kemerdekaan yang ke 55 tahun dan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012. Jika digabungkan, jadi la Happy Merdeka Raya!

Tuesday, July 17, 2012

Sendikit Info Yang Ingin Dikongsi Bersama


5 Fakta Yang Membunuh Anda Dalam Diam!!

1. Jika anda makan SATAY, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan UDANG selepas mengambil PIL VITAMIN C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja. (mungkin keracunan sahaja)

3. Barah akibat penggunaan bahan dalam SHAMPOO. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

4. Kepada penggemar makanan jenis MEE SEGERA (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.

5. BAWANG GORENG SEGERA, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja...

Tuesday, June 26, 2012

Diduga dugaan yang menduga

Lama rasanya saya tak update blog kesayangan saya ini. Almaklum la busy la katakan (comman sangat la alasan ni kan?) Sebenarnya saya dalam keadaan yang amat sukar sekarang. Disebabkan kereta saya masih dibengkel akibat kemalangan jalan raya yang berlaku pada 7 Jun yang lepas menyebabkan saya sukar untuk berulang alik dari tempat kerja ke rumah. Jadi saya telah mengambil keputusan untuk tinggal di hostel yang telah disediakan oleh syarikat. Maka berpisahlah saya dengan komputer dan internet saya... dan berpisah juga lah tabiat saya yang suka merenung komputer itu. Huhu...

Oh ya, lupa pula saya nak bagitau kemalangan yang berlaku itu tidak la mengakibatkan apa-apa kecederaan kepada saya. Saya telah melanggar belakang kereta lain akibat dari keletihan pulang dari kerja. Ini menyebabkan bumper kereta saya tercabut, bonet kemik, tangki air pecah, tayar terus bocor dan beberapa kerosakan lain yang saya tak pasti. Dan saya terpaksa membuat claim dengan insuran kereta saya akibat daripada kerosakan yang memerlukan perbelanjaan yang besar. Apa boleh buat. Benda dah nak jadi, mana kita boleh jangka. Mungkin ini adalah salah satu daripada dugaan semasa bertunang kot. Terima saja lah.

Bukan itu sahaja masalah yang saya hadapi, saya juga mengalami masalah kegatalan diseluruh badan. Apalah saya ni kan? itu pun nak cerita juga. Bukan apa, akibat daripada kegatalan itu, ia memberi kesan parut pada tangan, kaki dan badan saya. Macam mana nak kawen ni? Masa nak sarung cincin ternampak semua bekas. Malunya.... Kalau readers semua ada petua, boleh la bagitau saya petua atau produk yang boleh menghilangkan parut ini dengan cepat. Punca kegatalan ini mungkin disebabkan oleh pontianak kecik tu atau dengan nama lain pepijat, atau nak lagi glamour bed bug. Sungguh kejam itu mahkluk la. Tambahan pula, kulit saya ni memang sensitif. Kena gigit nyamuk pun boleh tinggalkan bekas. Ini kan pulak pontianak kecil tu. Hadoi, dah nasib badan berdarah manis, semua binatang pun suka. Parut ni ada juga disebabkan oleh gigitan semut. Malah cakaran kucing pun termasuk sekali tau.

Ok la readers semua, sebelum saya melalut lebih panjang lebar sambil mengarut2 badan macam monyet ni, better saya stop di sini dulu. Hehe. Jumpa lagi di post yang akan datang. Bye!

P/S: Lupa nak bagitau korang. Kucing kesayangan saya si BoBo telah pulang ke rumah setelah 3 minggu hilang. Hepinyer saya Tuhan saya yang tahu, malah saya telah mendapat kucing baru bernama CiCi yang sangat chumel. Cuma MiKo yang saya tidak dijumpai. Mungkin dia telah pulang kepangkuan tuannya.

Monday, May 28, 2012

Oh BoBo... Oh MiKo...

Sedihnya bila kita dah sayangkan dia, tetiba dia hilang entah ke mana...

Saya ada memerlihara 2 ekor kucing. BoBo diambil oleh H2B saya di Gulam Mee (Sebuah pusat untuk menjamu selera yang terletak di Kota Damansara). BoBo diambil pada awal bulan April. BoBo ni memang kucing yang baik. Dia sanggup menahan untuk membuang (tak kira la besar ke kecik ke) selagi dia tak jumpa pasir. BoBo juga tersangat gemar makan nasi dicampur dengan ikan bilis (kucing yang menjimatkan kos). Adanya BoBo, saya jadi terhibur walaupun badan saya penuh dengan kesan cakarannya, adeh... Dialah kawan sebilik saya, setilam dengan saya.

Kemudian datang pula si MiKo yang entah dari mana (tetiba je ada kat depan rumah) pada pertengahan bulan Mei. MiKo adalah kucing Siam. Mata bulat berwarna biru hidung dan telinga besar dan hitam. Dengan adanya MiKo, hidup BoBo pula tak bosan. Pada mulanya MiKo selalu menjadi bahan buli BoBo. Yelah, BoBo kan dah nak bujang, MiKo budak lagi. MiKo punya perangai yang sama macam BoBo. Sebab itulah mereka mudah serasi. Adanya MiKo juga, saya kurang diberi perhatian oleh BoBo. Tapi, tak apa la. Saya tengok mereka bergurau senda pun saya jadi terhibur.

Tapi sekarang... dua-dua pun sudah hilang entah ke mana mereka pergi. Diambil orang ke, mati ke atau sesat jalan pulang ke,saya tak pasti. Ternyata jodoh saya dengan dua ekor kucing kesayangan saya ni tak panjang. Sedihnya rasa hati bila kita dah sayangkan mereka, tetiba mereka hilang entah ke mana...

Tapi, saya berharap sangat agar kedua-dua kucing saya ini akan kembali. Rindunya saya pada mereka sehingga terbawa-bawa ke mimpi 2-3 hari ni. Yang ada pada saya cuma gambar-gambar mereka ini sebagai pengubat rindu saya. Adoi... emo nya la saya ni kan? Saya akui memang saya 'Cat Lover'.

Inilah BoBo... BoBo sangat suka buat style duduk macam ni. Siap silang kaki lagi.

BoBo suka makan rumput organik yang saya tanamkan untuk dia.

Alahai... chumelnya dia titon kan? Huhu


Ini pula si MiKo... Mata bulat warna biru.. Di setiap hujung badannya berwarna hitam, macam terpijak longkang pun ya


Nak gambaran yang lebih jelas... nah ni dia... Tang tut pun warna hitam. Hihi. Chumelnya dia kan?


Si BoBo dan si MiKo yang keletihan setelah penat bergurau. 
Ala... Rindunya kat mereka. Hmmm....

Semoga mereka selamat dan di jaga makan minum oleh tuan baru mereka. huhu.

Tuesday, May 15, 2012

Kami sedang diduga…


Assalammualaikum buat semua readers yang kesudian melapangkan masa anda semua membaca blog saya yang tak seberapa nie… Sedang saya kesedihan ini, hati kecil terasa ingin luahkan segala yang terbuku. Tapi tak semestinya semua perlu kita dedahkan kepada umum. Perlu juga private dan confidentialnya Perlu juga menyimpan aib sendiri dan yang bersekutu dengannya.  Biasalah, langit tak selalunya cerah, hari tak biasanya indah. Betul lah kata orang, dugaan bertunang ini amatlah kuat berbanding masa bercouple dulu. Sekarang kami diduga.

Ketika saya menaip entry ini, saya sedang berjauhan dengan si dia. Setelah hati disakiti, biarlah saya berjauhan merawat luka ini sendirian agar di masa yang mendatang saya menjadi lebih kuat untuk menempuhi dugaan yang lebih mencabar. Rindu, risau haruslah ada bila dah duduk berjauhan ni. Jauh disudut hati saya, saya masih sayangkan dia dan tidak pernah pun berkurang, malah makin bertambah. Biarlah apa orang nak kata tentang dia, bila hati dah sayang semuanya baik belaka. Bukan kesempurnaan yang saya mahukan darinya, cukuplah dia menyempurnakan hidup saya. Dan saya tahu dia pun masih manyayangi saya, dan sayangnya masih tebal walaupun dia tak menunjukannya dengan jelas. Apa yang saya mampu lakukan adalah berserah kepada yang Maha Esa. Jika benar dia dicipta untuk saya, dia akan kembali semula kepada saya. Jika dia bukan dicipta untuk saya, saya bersungguh beriya bergolok bergadai sekalipun dia tetap bukan untuk saya.

Kepada kengkawan saya yang sudi menolong saya di waktu ini, tidak kira dari segi apa sekalipun, amat2lah saya hargai dan hanya Tuhan saja yang mampu membalas jasa dan budi baik kalian. Begitu juga kepada bos2 saya yang cukup memahami saya walau tanpa kata dari saya sekalipun. Saya juga harus tahu, walau sekuat mana pun dugaan saya ini, ada lagi yang lebih kuat dugaannya. Mula lah saya teringat kengkawan saya yang menghadapi masalah rumahtangga mereka, termasuklah bff saya Julia yang pernah saya ceritakan dulu di entry ini juga pernah dan sedang menghadapi dugaan yang terbesar dalam hidupnya. Semoga dia semakin sihat dan kembali ceria seperti dahulu. Sejujurnya saya berasa sunyi tanpanya yang dulunya sentiasa disisi saya. Walaupun kami jauh di daerah yang berlainan dengan cara hidup yang berbeza namun kami sentiasa dekat dihati.

Cukuplah rasanya saya beremo setakat di sini saja. Doakan semoga saya dikuatkan semangat, ditabahkan hati dan diteguhkan iman dalam menghadapi dugaan ini dan yang mendatang. Amin. Sesungguhnya yang baik hanya datang dari Allah, dan yang buruk itu dari kita sendiri. Saya redha denganNya terhadap apa yang berlaku. Jika memang kami ada jodoh, diharap semuanya dipermudahkan. Amin.

Sekian, Wasalam

♥ ANDAI LELAKI TAHU ♥


Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

♥ SEMOGA BERMANFAAT ♥

Hak cipta adalah milik Allah SWT semata. Hak kita sebagai manusia adalah berlumba-lumba menyebarluaskan kata-kata kebaikan kepada seluruh umat manusia.

Sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta sejatinya.. ibarat tasbih & benang pengikatnya. terajut menjadi satu untaian yang selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia yang bibirnya basah akan cinta kepada tuhanNya


Semoga tulisan sederhana ini bermanfaat bagi Anda. Mohon maaf bila ada kata-kata yang kurang berkenan.

Semoga kita dapat mengambil hikmah dalam setiap kejadian.

Sunday, March 18, 2012

Blog Ku Berwajah Baru. Yeay!

Kawan saya Hazalina minta tolong saya repair Blognya, http://hazalinayakub.blogspot.com/ Sambil saya me'repair', saya telah google beberapa item la. Bila ternampak background cantik-cantik, saya pun meng'adjust' sekali la blog saya... Hihi. Rupanya banyak juga pilihan yang ada untuk blog stuff ni kan? Antaranya  http://shabbyblogs.com/ , http://deliciousdesignstudio.com/ , http://freecodesource.com/ dan banyak lagi la yang saya jumpa. Tersangat la excited bila tengok benda-benda cantik nie. Apa lagi, terus terajinlah untuk meng make over blog saya sekali. Sekarang blog saya semakin cantik dan pengetahuan saya semakin bertambah!  

Erm... tapi untuk mencantikkan blog nie perlu spend masa yang lama dan kesabaran yang tinggi. Sedang saya masih bujang ni boleh la saya buat macam-macam, nanti bila saya dah ada komitmen agar sukar rasanya kan? Pape pun kita kena pandai membahagikan masa kita, tul tak?

Ok lah, sampai di sini dulu entri saya untuk kali ini. Sebab hari ini saya ada masa untuk diluahkan. Hari ahad pun masih duduk di rumah. Cik abang tak nak bawak saya keluar lah. Busy kot si dia. Akhir kata ingin saya katakan saya sangat happy dengan blog saya sekarang. Nampak kiyut miyut gitu kan? Apa lagi jom! visit http://hazalinayakub.blogspot.com kredit tu Hazalina yek with thanks sebab membuat saya rajin hari ini. (tolong promote gak ni)

Thursday, March 1, 2012

A Little Story About Our Love Journey

Pernah saya berjanji untuk menceritakan bagaimana kisahnya saya boleh bertemu dengan H2B saya kan? Setelah hampir 6 bulan saya tidak meng'updated' blog peribadi saya ini, Maka, hari ini saya menceritakannya...

Saya mulakan dengan cerita di zaman persekolahan saya. Setelah saya mendapat result STPM yang membolehkan saya layak untuk menyambung pembelajaran saya ke Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sanalah bermulanya pengalaman saya berjauhan dengan ahli keluarga. Pada mulanya tersangat perit untuk melalui hari-hari di universiti keseorangan. Lama kelamaan, saya boleh membiasakan diri. Start dari saya di tingkatan 5 hinggalah saya ke UMS, saya masih single namun hati ini telah saya simpan untuk seseorangan yang saya sayang sekian lamanya. Namun, apakan daya, inilah 'payahnya' bila jatuh hati dengan 'anak emak'. Dia agak ragu2 untuk bercinta dengan saya walaupun hatinya kata suka. Hampir 4 tahun saya menunggu dia meluahkan isi hatinya, akhirnya saya memasang niat untuk melupakannya dan melepaskan dia pergi dari hati saya. Sebelum saya membuat keputusan tersebut, saya telah membuat solat sunat istikharah dan solat sunat hajat selama seminggu. Dan di hari yang terakhir, setelah saya terjaga dari lena, saya terus diberi bayangan jodoh saya. Sukar untuk saya menceritakan keadaanya, namun yang pasti keputusan saya itu adalah benar.

Setelah saya tamat pelajaran di UMS, minat untuk merantau itu semakin menebal. Walaupun kurang dipersetujui oleh ibu dan bapa saya, saya tetap juga teruskan hasrat saya dengan mencari keje di daerah Klang, Selangor. Saya memilih Klang kerana saya mempunyai rakan karib yang sudi menolong saya di sana. Setelah bertungkus lumus mencari keje selama sebulan (masa tu bulan puasa o...), saya masih gagal mendapat sebarang pekerjaan, saya pulang ke kampung untuk bercuti raya. Setelah puas beraya selama 2 minggu, saya meneruskan misi dan visi saya untuk mencari keje di Klang. Semasa perjalanan saya ke Klang, saya telah singgah semalam dua di rumah sepupu saya di Subang. Setelah bercerita dengan sepupu saya tentang misi saya, mereka kemudianya cuba unuk menolong saya dan dengan tidak disangka saya telah mendapat keje di tempat yang telah sepupu saya carikan iaitu di TUDM pengkalan Udara Subang. Ha... jangan salah sangka pulak yek. Saya bukan jadi Air Force, tapi saya bekerja di Kelab Rekreasinya. Di dalam pemikiran saya telah tertimbul satu kepelikan dan berkata 'mesti ada sesuatu di situ sehingga saya dibawa ke situ'. Maka di situ lah saya berjumpa dengan H2B saya yang juga bekerja di tempat yang sama. Dan saya semakin pasti dialah ciri-ciri yang ada dalam bayangan yang saya dapat semasa saya membuat solat sunat istikharah dulu.

Pada mulanya saya takut untuk rapat dengannya dan hanya ingin berkawan kerana pada waktu itu, kami masing2 sedang 'disayangi'. Lama kelamaan kami semakin rapat dan terus rapat sehingga la pada suatu hari saya telah diminta untuk berhenti keje atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Kerana takut kehilangan saya, dia terus meluahkan hasratnya untuk menjadikan saya teman hidupnya.

Pada 22 April 2007, itulah tarikh pertama kali saya mendengar perkataan 'kau kan kekasih aku' dari mulutnya. Betapa gumbiranya hati saya tak terkata beb. Hatiku berbunga api. Huhui! Saya telah mengabadikan tarikh keramat itu sebagai ulang tahun percintaan kami dan sentiasa saya ingati sepanjang tahun. Kalau orang lain akan meluahkan perkataan 'sudi tak jadi kekasih saya', namun saya dapat mendengar 'kau kan kekasih aku'. Sweet kan? Hihi. Namun kami bukanlah pasangan yang romantik nak berbunga, bercokelat bagai. Panggilan saya dan dia pun sehingga sekarang masih lagi mengekalkan 'kau' dan 'aku'. Bagi saya, panggilan seperti ini telah membuatkan kami sangat rapat dan open minded. Walaupun nampak kasar, sehinggakan kawan-kawan menegur kami, tapi kami sangat selesa sedemikian. Tahukah korang, dengan panggilan sedemikian, kita lebih merasakan dialah segalanya. Dialah kekasih, dialah kawan karib, dialah abang, dialah adik, dialah macam-macam. Cuba bayangan korang dengan kawan baik korang, korang panggil dia kau dan menggelarkan diri korang aku kan? senang tak nak bercerita, nak meluahkan segalanya? senang kan? rasa rapat betul tak? malah lebih open dan transparent kan? Semua korang cerita dengan slumber dan tiada sembunyi2 mahupun lakonan semata2 kan? Hah... macam tu gak la dengan kami. Tapi tak semua pasangan kekasih boleh terima, ada yang kata tak hormat, tak sopan, kurang ajar la. Ikut keselesaan msing2 la... Tapi bagi saya, saya amat selesa dengan pangilan ini. Namun harus ditukar bila kami dah bertukar status nanti. hehe.

Itulah serba sedikit love journey kami... Next month 22 April 2012 genaplah 5 tahun kami bercintan cintun. Ingatkan nak lah buat tarikh keramat tu tarikh pernikahan kami, tapi lum cukup budget la... Sedang -'bekerja keras' untuk mencukupkan budget kami ni... Semoga Allah sentiasa memurahkan rezeki kami untuk mendirikan masjid ini, amin...Ok la! See you on the next post my dear suma... (",)