Background

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, August 16, 2013

Kerana aku seorang KAKAK

Aku adalah anak first perempuan dalam family, punya seorang abang dan 3 lagi adik bawahan aku. Dan kerana aku KAKAK, cara didikan aku berbeza dengan adik2 yang lain. Walaupun aku punya abang, seperti yang anak2 sulung yang lain dia diberi layanan istimewa berbeza dengan adik2nya yang lain.

Berbeza antara abang,  aku dan adik-adik aku.
Kerana aku KAKAK sejak dari kecil aku telah digalas dengan tugasan untuk menjaga adik
Kerana aku KAKAK aku perlu selalu mengalah dan memberi peluang  disamping membantu adik.
Kerana aku KAKAK ibu bapa aku mahukan aku jadi seorang yang terbaik untuk mereka, agar aku dapat menjadikan contoh dan role model kepada mereka.
Kerana aku KAKAK segala kehendak dan kemahuan aku perlu ditapis, dikaji dan diteliti untuk mendapat kelulusan .
Kerana aku KAKAK dari aku remaja, pergaulan aku perlu ada had dan batasannya.
Kerana aku KAKAK banyak perkara yang membuatkan aku makan hati, cemburu sejak bertahun-tahun lamanya.
Dan kerana aku KAKAK patutkah aku lalui semua itu? Disayangi tanpa diberi perhatian?

Jadi, dimanakah tugasan seorang ABANG?
Bukankah ABANG yang patut mempertahankan adik2 perempuan mereka?
Bukankah ABANG yang patut menjaga ibu bapa mereka?
Bukankah itu semua ada tertulis di dalam kitab2 Allah?
Dan bukankah itu yang patut ibu bapa aku lakukan dan terapkan sejak kami kecil lagi?

Dan ADIK,
Sepatutnya ADIK perlu menghormati abang dan kakak.
Sepatutnya ADIK perlu memahami abang dan kakak.
Sepatutnya ADIK perlu membantu abang dan kakak.
Dan sepatutnya ADIK perlu mempertahankan abang dan kakak

Namun, aku hanya seorang  ANAK,
Layakkah seorang  ANAK untuk tidak mengikut arahan ibu bapanya?
Layakkah seorang ANAK memberontak, membantah dan berkecil hati dengan tindak tanduk ibu bapanya?
Layakkah seorang ANAK mengatur dan mengarah ibu bapanya membuat mengikut arahannya?
Dan layakkah seorang ANAK mempersoalkan dan mempertikaikan semua itu?

Bukan aku merungut, namun jauh di sudut hati aku juga ada kemahuan dan kehendak aku sendiri. Yes! Memang aku seorang penakut, takut untuk membantah arahan ibu bapa aku, takut untuk mempertahankan kehendak aku dan takut untuk memperdegilkan diri aku seperti yang telah dilakukan oleh adik-adikku. Jika diberi peluang dan ruang ingin sahaja meluahkan segala yang terpendam di dalam hati aku sejak berkurun lamanya kepada ibu  bapa aku. Tapi… biarlah, mungkin suatu hari nanti Allah akan bukakan hati dan pandangan mereka terhadap diriku. Jika waktu itu tiba namun telah terlambat, aku telah dan sentiasa memaafkan mereka semua kerana aku amat menyayangi mereka walau hati aku luka sekali pun.. Tanpa mereka siapa lah aku di muka bumi ini. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui segala-galanya. Kita hanya manusia biasa yang hanya memegang watak dan peranan di pentas duniawi.


Maafkan aku jika entri kali ini membuatkan kamu semua tidak senang hati, Cuma mahu berkongsi kesedihan bukan meminta simpati. Jika tidak sudi, klik butang pangkah di sudut atas sebelah kanan. 
Maafkan aku sekali lagi…

No comments:

Post a Comment