Background

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 14, 2011

Double Engagement Day (11.9.11)

11.9.11 - Dan bila ku bertukar status...

Salam...

Tentu ramai kengkawan saya nak tengok gambar engagement saya kan? Ok, la. korang boleh tengok kat dalam blog saya nie. Kenapa saya tak nak letak kat FB? Hehe. saja nak nampak exclusive sikit, aiseh! perasan. Bukan apa, kat FB kan ramai friend, yang tak friend pun dapat tengok juga nanti... Mana tau ada yang dengki... susah, susah, susah. (macam artis la pulak). Sebenarnya saja nak promote blog nie. Tu je tujuannya. Kasi ramai sikit yang masuk tengok... Alang2 dah masuk tu, follow la sekali, pastu bagi komen. Amacam?

Ha... Sebelum saya buat tontonan umum gambar-gambar saya nie, saya nak cerita sikit la pengalaman saya time engagement tu. Fuh~~~ rupanya macam tu yek rasa bertunang. Nie baru bertunang, lum akad nikah lagi. Ntah macam mana ntah rasanya nanti kan?

Saya tiba dikampung hari jumaat. Maksudnya saya minta cuti halfday jumaat tu sampai la Isnin (Isnin tu saya minta cuti fullday). Tiba je kat umah dah mula membusykan diri dah... Pi cari barang hantaran yang mana masih kurang, tempah kek, jumpa mak andam sebab nak try baju. Pastu hari sabtu pulak pegi lagi bandar. Tang-tang duk jalan-jalan, rupanya tayar keta saya ada benjolan. Adoi... kat situ pening dah sebab duit akan keluar. Nak buek camno lai... Kena la redha... Malam tu bertungkus-lumus buat kek cokelat dan apam polkedot untuk dimasukkan bersama barang cenderahati. Kitaorg tido kul 4 pagi o... So, inilah hasilnya:


 
Kuih pun nak ikut tema purple pink jugak...

Setibanya hari ahad, kami bangun seawal 7.00 pagi, pastu sambung balik mengemas rumah secepat yang boleh, hehe (keje last minute). Kul 10.30 pagi mak andam dah sampai membawa make up dan baju. Time tu dah start rasa semacam dah... Hehe. First time pakai bulu mata palsu, beratnya la hai mata saya. Hasil make upnya, tara...

Santek tak saya? hikhikhik

Sesudahnya je jurusolek melakukan tugasannya, jurukamera pulak mengambil tempat.. Ape lagi posing la mengikut arahan (walaupun dalam keadaan segan, belasah je la). Hihi. Selang dalam 15 minit pastu, rombongan pun sampai tepat pukul 12.30 pm. Time tu tuhan je la yang tau bertapa lajunya jantung aku berdegup, kalah F1... Macam dalam mimpi pun ada rasanya... Habis je upacara menyarung cincin hati saya terus lega. Ni la cincin tunang dan merisik saya, simple jer...

 
Uik! tembamnya jari-jemariku...


Fuh! Tapi kan, saya nak kongsi ngan korang nie, beberapa hari sebelum majlis tu hati saya risau je. Takut la nanti jadi macam dalam TV tu, tak terima la, rombongan belah lelaki ta datang la... macam-macam la saya terfikir, pastu saya terus berdoa moga-moga semuanya berjalan dengan lancar. Abis je majlis, saya bersyukur alhamdulillah, semua telah selesai. Macam tu rupanya rasa bertunang...

Hish! aku nie duk membebel dari tadi. Ok, jom usha2, jenguk2, tengok2, tenung2, lihat2 gambar2 yang lain.

 Yea!... siap sudah. Baju warna pink belacan a.k.a burgendy berlabuci purple

  Nie time tengah nervous plus ketakutan nie.. huhu

 Rombongan dari pihak lelaki tengah khusyuk berbincang

 Gabungan hantaran dari pihak lelaki dan pihak saya

 Tuala yang saya reka menjadi topi dan kipas

 Sejadah yang saya reka, eh! silap, mak saya reka menjadi kipas. hehe

 Yang nie adik saya tolong hiaskan, belt dan wallet

 Cokelat Fidani sponsor dari kawan baik saya

Kesemua hantaran dari pihak saya: kain pasang, tuala, hamper, belt & wallet, kasut, sirih junjung, sejadah, cokelat dan kek. Tema purple pink..

 Kesemua hantaran dari pihak H2B: buah, kain pasang, kek, sirih junjung, bunga rampai & cincin, set pencuci muka loreal dan telekong

 Kasi jelas sikit disudut yang berbeza. Tema warna warni gitu (sebenarnya nak tema warna pink biru cair, tapi tgk macam warna warni, tetap cantik kan?)

 Posing lagi... Terbaekkk...

  Bersama adik yang lepas nie turn dia pulak

 Adik yang ke-4 posing chumel gitu

 Bersama dengan kakak ipar. Warna baju kami tersama pula la

 Rajinnyer... adik dan abang sapa la nie

Mak tingting (emak saya) bersama dengan cucu kesayangannya
 Cantik kan gambar nie? hehe

 Edited
 
 Inilah H2B saya

Senyum malu la pulak...

 Muka lega beb

Dalam banyak2 gambar nie gambar ayah saya je yang takde la. Sebab dia terlalu sibuk melayan tetamu. Ayah saya kan peramah. Hehe.

Eh, eh, jap! la... kata Double Engagement.. Jadi of course la ada 2 orang bertunang. Saya dan adik saya. Nie gambar adik saya bertunang pulak. La... buat2 terkejut ke atau terkejut betul? Majlis adik saya pada hari yang sama tapi dia selepas asar. Jom tengok gambar dia jom!

 
 Saya dah tukar baju dah...

 Tema adik saya pink putih

 Antara hantaran dari pihak kami. Pink putih ok!

 Hantaran dari pihak lelaki, tema Cokelat

 Chumel tak wey?

 Ha... inilah tunang dia. complete berbaju melayu, bersamping lagi, dah macam nak nikah dah

Untuk setakat nie, ini je la gambar. Nanti part 2 saya upload yang bahagian photographer saya bagi pula yek. Tunggu, jangan tak tunggu. Yang nie last sekali...

kuikuikui

Bersambung.....

No comments:

Post a Comment