Background

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 7, 2011

Menghitung Hari... (Homaigod! I'm scary (◑﹏◐))

(¯`v´¯)
.`·.¸.·´ ?
¸.·´¸.·´¨) ¸.·*¨)
(¸.·´ (¸.·´ .·´          
 
Hari ini 7 Sept 2011, hari Rabu, bermakna ade lagi 4 hari je lagi nie untuk saya melangkah setapak mendekati ke dunia baru. Rasa macam tak percaya pun ada gak. Semua berjalan dengan pantas. Rasa takut, risau, suka, sedih semua bergabung menjadi satu iaitu SERABUT. Ye... memang saya tengah serabut memikirkan semua hal, lebih-lebih lagi pasal kewangan. Zaman ini zaman duit, tak de duit diri tersepit. Hehe. teringat kat lagu Hattan dan Kembara, baru pagi tadi terdengar lagu tu kat radio, macam lagu tu ditujukan untuk saya la pulak. Duit nie banyak mana pun takkan pernah cukup tul tak readers? Nak-nak sekarang barang semua mahal. Jadi tak payah la susah2 nak pikir sangat pasal duit tu sebab Allah ada bersama kita membantu setiap apa yang kita perlukan.

Bercerita tentang persiapan sebenarnya tidaklah seletih mana sebab buat yang biasa-biasa je. Orang dulu-dulu kata majlis pertunangan ni tak elok buat meriah-meriah, yeke? Hehe. Tapi biasa-biasa pun, boleh tahan gak perbelanjaannya. 

Ok, Hantaran semua digubah oleh saya dan adik sendiri. Jurumekap dan baju tunang saya dapat cari yang paling economic, harap hasilnya terbaeek la. Photographer juga saya dapat cari yang paling economic, Alhamdulillah. Menu makanan telah ditetapkan oleh abah saya iaitu nasi minyak untuk 100 tetamu. Hehe biasa-biasa pun, siap makan nasi minyak bagai. Disebabkan teratak saya sangat chumel, jadi terpaksalah letak 2 khemah nanti. Tema saya purple pink (I like purple pink) dan tema adik saya pink putih merah (dia tu memang hantu pink pun sejak dari dalam perut ibu lagi). Harap semuanya berjalan dengan lancar la kan? Amin.

Dalam membuat persiapan pertunangan nie, ada benda yang paling saya tak sangka, iaitu kebolehan mak saya dalam membuat gubahan hantaran. Selama 28 tahun saya hidup baru sekarang saya tahu yang mak saya pandai membuat gubahan. Sungguh-sungguh tak sangka dia boleh simpan bakat terpendam dia tanpa diketahui orang lain. Adoyai, mak saya nie. Ayah saya pulak adalah orang yang paling risau dan kelam-kabut. Mana taknya sekali 2 orang anak pompan dia bertunang, memang la sakit kepala. Macam-macam dia fikir, semua buah pemikirannya diluar pemikiran kitaorang. Kesian ooo... tengok.

Ok, la... untuk mengetahui cerita lebih lanjut tunggu saya lalui pengalaman nie dulu yek. Then, baru saya ceritakan kat blog kesayangan saya nie. Pape pun, saya ingin mengucapkan bebanyak terima kasih kepada parent saya, dik beradik saya, bakal PIL, dik ipar saya dan bakal-bakal jadi sedara saya,  kengkawan yang wish tahniah dan mendoakan saya dan tak lupa kepada H2B saya tercayang. Teruskan mendoa untuk kami dan semoga majlis tersebut berjalan dengan lancar.

Bagi hint sikit-sikit, hehe. Santek kan purple pink. I really like it! 
(◕‿◕✿)

No comments:

Post a Comment