Background

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, August 26, 2011

Kata-kata Buat Julia...

Aku menulis kata-kata ini khas buat sahabat baikku Norjulia Binti Khalid.
Aku menulis kata-kata ini untuknya kembali pulihkan semangatnya yang telah rapuh.
Aku menulis kata-kata ini ikhlas dari lubuk hati kecilku,

Jue, ku cuba untuk tidak menangis didepanmu, walau sebenarnya hatiku teramat sedih melihat kesengsaraanmu. Tuhan amat menyayangimu sehigga kau diduga sebegini rupa. Kau adalah insan terpilih mendapat dugaan sebesar ini kerana Allah tahu kau mampu melaluinya. Kau insan yang kuat. Banyak dugaan yang kau lalui dan aku akui aku tidak sekuatmu untuk melalui dugaan seperti kau. Bergantung haraplah pada-Nya, berdoalah pada-Nya, percayalah pada-Nya. Ada sebabnya mengapa kau diduga sebegini. Suatu hari nanti kau akan tahu juga.
Malah Jue... masih ramai insan yang menyayangi dan memerlukanmu. Keluargamu, anakmu yang sedang merinduimu. Rakan sekerja, rakan taulan yang risau dan ambil berat tentangmu, malah aku sendiri merasai separuh semangatku hilang kerana kau adalah penyumbang semangatku jua. Setiap detik aku berdoa agar kau kembali seperti asal, berborak bersamaku, bergurau, bercerita, berbincang, oh! rindunya aku untuk menelefon officemu. Banyak benda yang aku perlu bantuanmu sebenarnya, Jue. Setiap rakanmu juga mendoakan kau pulih,
Kuatlah wahai Jue, kuatkanlah semangatmu melawan penyakitmu. Kuatlah demi dirimu, demi anakmu dan keluargamu, kuatlah demi kawan-kawanmu dan demi aku. Jangan bersedih, jangan lemah, jangan patah semangat dan jangan mengaku kalah. Aku tahu kau insan yang kuat, aku sentiasa dibelakangmu menyokongmu. Doaku sentiasa mengiringimu.
Kembalilah sehat wahai sahabat yang pernah aku isytihar sebagai sahabat dunia akhiratku suatu ketika dulu. Masih ingatkah kau di zaman persekolahan kita dahulu. Walau siapa pun sahabatmu di matamu, namun dihatiku kau tetap sahabat baikku. Aku banyak terhutang budi padamu, yang belum dan mungkin tidak mampu untuk aku membalasnya. Hanya Tuhan sahaja yang mampu membalasnya. Jasamu tak pernah hilang dari ingatanku. Aku masih memerlukanmu wahai Julia.

Aku ingin melafazkan kata-kata ku ini kepadanya nanti. Semoga aku mampu untuk meluahkannya. Aku berdoa agar Norjulia Binti Khalid segera sembuh dan kembali seperti asal. Ya, Allah tunaikan doaku ini. Sesungguhnya Kau yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Amin, ya rabbal alamin..

 Kenangan bersama Jue Di Terminal Labuan, Sabah.

Sahabat Baikku Ditimpa Malang

Pada hari Selasa, lalu 23 Ogos 2011, bersamaa 23 hari kita berpuasa, saya dikejutkan berita sedih. Emma, kawan saya memberitahu bahawa Jue telah ditimpa kecelakaan di mana secara tiba-tiba dia seperti terkena serangan strok dan sekarang berada di wad ICU. Di waktu itu, iaitu pada hari Isnin, 22 Ogos 2011, Jue sedang bersama dengan Emma yang mempunyai urusan di Klang. Aku yang dalam keadaan kebingungan dan antara percaya dan tidak terus meminta balik awal dari kerja dan terus bergegas ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) utnuk melihat keadaannya.

Oh, sesungguhnya hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa hati saya sedih dan sayu melihat keadaannya sehingga sebegitu rupa. Dia hanya mampu mengerlipkan mata, tiada pergerakan badan, tiada percakapan, tiada tindak balas darinya. Setiap percakapan saya dibalasnya dengan kerlipan mata dan tarikan nafas yang dalam. Di sebabkan waktu melawat yang sememangnya telah tamat, saya tidak berkesempatan untuk menatapnya dengan lebih lama. Sekeluarnya saya dari wad tersebut, saya terus tercangkuk menangis. Ya Allah, sengsaranya kawan aku. Kenapa perkara itu boleh berlaku..

Menurut Emma, semenjak beberapa minggu ini, Jue mengalami kesakitan tengkuk, yang dikatakan tersalah posisi tidur. Kemudian, dia mengalami pula urat timbul dibahagian kaki, dan juga sakit2 belakang. Sebelum kejadian itu berlaku, Jue mengatakan dia mengalami sakit kepala dan Emma bercadang untuk mengahantarnya pulang ke rumah dan mengambil MC separuh hari. Namun, tidak sempat kerana Jue tiba-tiba termuntah, dan mengalami kekejangan seluruh badan dan kemudiannya tidak sedarkan diri seharian. Jue sempat bercerita dan paling saya terasa sedih, dia tetap mengatakan dirinya OK walaupun sebenarnya dia memang tidak OK untuk tidak membiarkan Emma risau akan dirinya. Emma terus menghantarnya ke HTAR yang kebetulan kejadian itu berlaku berhampiran dengan HTAR.

Kami sehingga kini kehairan kenapa Jue secara tiba-tiba mengalami keadaan seperti ini kerana dia tidak pernah mempunyai sejarah sakit kronik seperti darah  tinggi, kencing manis mahupun jantung. Dia sihat seperti kami dan dia juga masih muda untuk penyakit seperti itu. Doktor juga sehingga waktu ini tidak dapat memastikan penyakit sebenarnya. Atau mungkin dia mengalami stress yang teramat menjadi punca penyakitnya kerana yang saya maklum dia memang stress sejak dari beberapa bulan yang lalu. Namun apakan daya bila Allah mengatakan 'kun fayakun', maka kejadian itu pun berlaku.

Semoga Julia yang berada di wad lima unit rawatan rapi (ICU) Hospital tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor, cepat sembuh dan sihat seperti asal. Saya akan sentiasa ingin mengetahui setiap perkembangan dia.   
Saya minta jasa baik semua readers tolang doakan kawan saya Norjulia Binti Khalid cepat sembuh dan ceria seperti biasa. 

Amin. ya rabbal alamin.

Julia sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak yang umur baru setahun lebih.

Monday, August 22, 2011

Beruntungnya Saya Dicipta Sebagai Wanita



1.) Dia bekerja denganTuhan..jadi ‘kilang ‘manusia.Tiap-tiap bulan
dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki
tak ada cuti dari sembahyang…sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?

4) Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin,itu dianggap mati syahid..
Allah izinkan terus masuk Syurga..Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.


5.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

6.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan
Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari..
Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

7.) Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah
segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.
Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA...



~TaMaT~

Sunday, August 21, 2011

Masalah Astigmatism a.k.a Rabun Silau

Saya mula rabun seusia 11 tahun. Tapi time tu rabun saya tak la tinggi mana sekadar -1.00+ je. Masih boleh kalau tak nak pakai cermin mata. Itu pun cuma rabun jauh bukan astigmatism. Tapi... semasa saya di Universiti, saya mula mendapat astigmatism secara mendadak ke -3.00+. Mungkin sebab terlampau rajin sangat belajar di tengah malam dan dicahaya lampu yg kurang kot (rajin la sangat, hehe). Time tu tidaklah rasa masalah tu membebankan sebab kurangnya pengetahuan. Tapi sekarang masalah tu memang betul-betul 'masalah' bagi saya. Kebiasaanya, saya akan tukar cermin mata bila cermin mata saya dah menjangkau usia 2 tahun. Ye la mana la saya banyak duit nak tukar cermin mata selalu, lagipun saya tak nak la menyumbang pertambahan 'sampah' bingkai cermin mata saya di muka bumi ini, hehe. Beberapa tahun lepas saya buat spek baru, astigmatism saya meningkat ke -4.50+ dan semalam saya pergi buat pemeriksaan mata saya, astisgmatism saya menjadi -5.50+. amat dasat tak korang rasa?


Masalah inilah membuatkan saya merasa murung dan risau. Dan... bertambah murungnya saya bila saya memang tak dibenarkan untuk membeli (memakai lagi la) contact lens. Buat setakat ini dah lebih dari 5 kedai saya pergi untuk mendapatkan contact lens jenis toric. Semua kedai membuat reaksi yang menyedihkan saya bila mereka periksa dan tahu bahawa astigmatisma saya amat tinggi. Ada yang buat aksi terkejut, heran, sedih, yang buat muka poyo pun ada. huhu. Seperti yang korang tahu yang saya akan mengadakan majis pertunangan serentak dengan adik saya. Takkan la saya nak memakai cermin mata time tu. Berilah saya peluang untuk merasa santik buat seketika tanpa spectacles saya nie. Tapi mereka suma tak paham. Orang nak beli lens nak bagi business pun dieorg tak mau. Adoyai... apa pun tak boleh la. So... sad. Sobs sobs. T-T.


Jadi, disebabkan perasaan ingin tahu dengan lebih lanjut, hari ini adalah hari yang amatlah 'free', saya pun menjelajahlah dunia internet untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang masalah astigmatisme nie. Antara artikel yang saya dapat seperti :



dan


Sedikit sebanyak, ianya dengan pembacaan ini, barulah saya tahu punca masalah saya sebab tak ramai pun yang paham masalah saya ini. Sobs, sobs.


Yang Sebelah kanan tu adalah bentuk mata normal. Manakala yang sebelah kiri tu adalah bentuk mata saya sekarang...

Jadi, bila saya tak pakai cermin mata, saya melihat objek suma pecah macam gambar sebelah kiri. Sepatutnya objek dilihat jelas seperti gambar sebelah kanan. Tu tanda orang yang tak mengalami astigmatism.


Kepada korang-korang yang punya masalah seperti saya, jangan risau, kita senasib. Dan kepada yang matanya still sehat tanpa rabun, jaga leklok mata korang tau. Makan banyak2 buah atau sayur yang berwarna merah atau oren macam lobak la paling afdal, korang boleh buat carrot susu, yummy-yummy. Dah jadi minuman favourate saya dah tu. Selain tu, korang boleh gak makan tomato. Makan mentah sedap tau. Selain mata, ianya bole membuatkan kulit korang suma licin dan santik. Dulu saya rajinlah makan tomato hampir beberapa bulan tu, tiap2 hari saya makan tomato. breakfast tomato, lunch tomato, dinner pun tomato. Dan jadi tomatoman dah saya ni. Nasib baik tak tido dengan tomato. haha!


Selain tomato, korang kena rajin tengok tumbuh-tumbuhan hijau. Tak pun korang letak la gambar tumbuhan ke apa ke, tak kisah lah janji warna ijau di depan pc korang. Setiap kali mata korang letih, pandanglah gambar tu. Kalau tak korang tak suka makan lobak, tomata atau malas nak tgk ijau2 nie, korang minum air timun blended. Korang buat la macam ais blended tu. Mesti sedap. hehe. Lagi satu cara yang saya tau adalah guna daun sireh tapi... susah lah nak dapat daun sireh plus malas nak rebus nie. Jadi cara yang tu aku kurang tau la . hehe.


Kalau nak ikut cara islam, antara  cara yang saya tahu;
1) Dengan melihat bulan. Ambil posisi yang paling selesa. Kemudian, pandang bulan itu. Fokus, sehingga tidak lagi kabur. Sementara memandang bulan, berzikirlah dan berdoa kepada ALLAH SWT Yang Maha Mendengar Setiap Sesuatu; agar dipulihkan kembali penglihatan mata. Zikir tak kisah nak zikir apa pun, jika boleh zikir lah sesuatu yang ada kaitan dengan apa yang dipohon; contohnya  Wahai Yang Maha Melihat. Bulan mengambang penuh diperlukan bagi memberikan sensasi dan fokus yang lebih ketika merawat mata. Jika tak mampu untuk menunggu bulan penuh, bulan sabit pun boleh. Tidak menjadi masalah. Bulan dijadikan sebagai subjek utama, adalah disebabkan dirinya bulan itu terletak jauh dari bumi (berbanding pokok, bangunan, etc) dan dirinya bulan itu berada dalam jisim yang lebih besar berbanding bintang-bintang ataupun planet-planet. Malam diperlukan supaya mata dapat memberikan fokus terus kepada bulan. Dan bulan bukannya mengeluarkan cahaya, tetapi hanya sebagai "cermin" bagi cahaya matahari. Justeru, tiada masalah energi-energi lain yg boleh merosakkan mata seperti UV dan lelain (tidak seperti kita memfokuskan mata kita ke matahari).
2) Baca doa ni pg dan ptg...( slepas solat subuh n asar - pun sebaik2nya dibaca selalu bila2 masa)  ini adalah antara doa2 ma'thur... boleh didapti dlm ma'thurat...
         Allahoma 'afini fii badani. Allahomma 'afini fii sam 'i. Allahomma 'afini fii basori.
~ Allahumma. sihatkanlah badanku, Allahumma, sihatkanlah pendengaranku, Allahumma, sihatkanlah pengelihatanku.

3) Bacakan Surah Al-Fatihah Sebanyak 41 kali antara solat sunat dan fardu.  Kemudian tiupkan pada bahagian belakang kedua-dua ibu jari lalu diusap pada kedua-dua mata.
4) Bacakan ayat 93 dari Surah Yusuf dan ayat 22 dari Surah Qaf tiap-tiap satu 3 kali selepas tiap kali selesai mengerjakan solat.  Tiupkan pada belakang ibu jari kedua-dua belah tangan dan usapkan pada mata.
5) Membaca Surah Al-Qadar sambil merenung ke langit di dalam keadaan berwuduk.

6) Bangun dari tido amik air kat lelangit lidah dan letak kat mata n baca selawat kat atas Nabi Muhammad s.a.w.

Wah... banyaknya yang kena saya amalkan. Sumber2 nie suma saya dapat dari internet la hasil dari penjelajahan saya di dunia maya...

Ok la korang, disebabkan rasa murung saya dah kurang, dan saya dah dapat banyak maklumat nie, saya rasa elok lah kiranya saya mengundurkan diri saya dahulu, yek. Jumpa lagi di entry akan datang.


Saya mengidamkan mata yang santik dan sehat...

Amat sangat chumel kucing nie bila dia buat muka kecian macam tu kan?

Saturday, August 20, 2011

Keajaiban Itu Benar-benar Berlaku

Lama rasanya saya tak update blog Valueiz Alfino nie... Dalam kesibukan mengejar kerja lebih masa untuk mencari duit bagi keperluan di hari raya nanti, saya juga sibuk mencari duit untuk persiapan hari pertunangan saya. Dalam sedar tak sedar hari ini dah hari ke 20 umat Islam berpuasa. Alhamdulillah.

Maybe Allah telah mendengar keluhan hati saya. Saya selalu berdoa jika benar dia adalah jodoh saya, saya redha.. permudahkanlah jalan kami, murahkan la rezekiku dan tunjukkanlah jalan bagaimana caranya untuk mencari duit. Alhamdulillah, secara tetiba, tempat saya bekerja yang jarang membuat kerja lebih masa, pada  bulan yang mulia ini banyak pulak kerja yang perlu disiapkan sehingga memerlukan kami bekerja lebih masa di hari sabtu dan ahad. Kerana saya percayakan Dia Yang Maha Berkuasa, keajaiban itu benar2 berlaku kepada saya, syukur Alhamdulillah.

Selama 4 tahun lebih kami menyulam kasih, akhirnya kami dapat 'lampu hijau' dari keluarga. Bukan senang untuk ke tahap ini. Banyak rintangan dan halangan yang perlu kami tempuhi. Apa yang mampu saya buat, berdoa dan berserah kepada Yang Maha Esa. Mungkin saya adalah insan yang terpilih untuk tempuhi dugaan ini. Nanti lah, di entry akan datang, saya akan ceritakan kisah kami. Jika tiada yang sudi membaca, biarlah ianya menjadi simpanan buat anak cucu saya. 

Ok, lah readers semua... sampai di sini sahaja untuk entry kali ini. Semoga korang berasa seronok dalam membuat persiapan untuk menyambut hari raya yang tinggal tak sampai 2 minggu pun lagi. Suasana yang seronok adalah ketika sekarang nie la, menunggu hari raya menjelang dengan kesibukan membuat persiapan. Setibanya raya, perasaan lega pun terpancar, maka keseronokan itu pun berkurang. Betul tak? Pape pun saya harapkan, doakan majlis saya nanti berjalan dengan lancar. Untuk korang, saya doakan hati-hati di jalan raya, kalau letih berhenti berehat sebentar, jangan paksa diri untuk cepat sampai sehingga mata mengantuk pun korang redah jugak. Ingatlah orang yang menyayangi kita menunggu kita sampai dengan penuh harapan dan kerisauan. Saya faham sebab saya juga pemandu. Doa dan nasihat ini juga ditujukan untuk diri saya. Amin... 

Wasalam.


Friday, August 12, 2011

Fakta Mengenai Wanita

1.Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2.Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3.Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (kerana itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).

4.Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di pikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.

5.Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6.Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.

7.Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya karena ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.

8.Jika seorang wanita sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.

9.Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10.Jangan sesekali beritahu kepada wanita tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna.

11.Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12.Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telepon, si wanita akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut.

13.Sebuah senyuman memberi seribu arti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.

14.Jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam.

15.Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia karena dia memang tak berminat denganmu.

16.Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17.Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18.Setelah seorang wanita jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya mengapa aku tidak bertemu lelaki ini lebih awal.

19.Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang wanita, bacalah buku-buku cinta.

20.Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21.Bekas kekasihnya akan selalu ada di pikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa di hatinya!!

22.Satu ucapan 'Hai' saja sudah cukup menceriakan harinya.

23.Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24.Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik.

25.Cinta bererti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.

26.Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati.

27.Senjata wanita adalah airmata!!

28.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik). Mereka akan terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.

29.Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya. So, kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah.

30.Sebenarnya mudah mengambil hati wanita karena apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.