Background

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, March 7, 2013

Sejenak Aku Tersedar


Sedang sibuk mengejar apa yang ada di hadapan kita, membuatkan kita terlupa untuk menghargai apa yang kita ada sekarang. Ternyata! Itu lah yang aku sedang rasai sekarang. Seharian sibuk bekerja, seharian jugalah pulang dengan keadaan yang letih dan penat. Berapa banyak masa yang aku dapat luahkan untuk insan2 yang aku sayang? Mungkin bagi aku itu tidak penting, adakah bagi mereka rasa tidak penting juga? Mungkin pada mereka sebaliknya sehingga membuatkan mereka tersinggung terhadap perlakuan kita?

Sedang aku sibuk mencari kekayaan, mencari nafkah untuk aku meneruskan kehidupan aku, membuatkan aku mengabaikan insan yang aku sayang. Perlu ke aku berlaku sedemikian rupa? Kerdil sangat kah dia di mata aku? Besar sangatkah aku berbanding dia? Terlihat pasangan lain sedang melalui musim bahagia mereka, lalu aku terfikir sejenak, apa tidak bahagiakah aku dan dia selama ini?

Maka… di situ, hilang semua rasa sakit hati, dendam, marah aku di atas apa yang telah berlaku. Ya! Aku bukan insan yang pendendam, aku lebih suka redha dan memaafkan segala kesalahan insan lain terhadap aku. Kerna aku juga insan biasa, pasti akan melakukan kesilapan jua kelak, pasti! Setiap apa yang berlaku ada sebab yang munasabah dan ada hikmah juga disebaliknya. Sesungguhnya Allah itu Maha mengetahui dan Maha berkuasa. Hati ini milik DIA, kita tidak layak untuk membenci hambaNYA yang lain. Malah, kita perlu menjaga amanahNYA, iaitu hati kita supaya tidak kotor, tidak busuk dan tidak jijik.

Semoga kita diberi ketabahan, kekuatan dan kesabaran penempuhi hari-hari yang mendatang. Setiap apa yang kita lalui pasti mematangkan kita kelak. Dan semoga kita boleh terima dengan redhanya jika kita diuji walau sekuat mana pun, kita tidak akan menyalahkan takdir. Semoga aku perolehi itu semua. Amin

No comments:

Post a Comment