Hai uols! Sekarang ni aku masih di office. Sedang aku sibuk menyediakan borang EA untuk staf-staf Victoria Crest ni, tetiba tergerak hati nak update blog kejap. Pelik kan? haha! Ntah kenapa hati ini ingin sekali bersyukur dan memberi penghargaan kepada insan yang kini hampir menjadi sebahagian dari family aku. Siapa lagi kalau bukan Incik tunang aku. Biarlah korang nak kata aku gedik ke apa. Sebab setahu aku memang tersangat la jarang sekali aku nak memuji dia (kesian sapa jadi sayang aku kan? hehe)
Sepanjang aku bertemu dan membina hubungan dengan orang di sekeliling, tidak kira lah kawan ke ex ke bff ke, memang sukar untuk mendapat orang yang betul-betul faham dan peka terhadap keadan aku. Boleh dikatakan dalam 10 orang tu belum tentu kita boleh dapat orang yang sedemikian dan andai kalau kita dapat sekali pun, belum tentu dia adalah 100% seperti yang kita harapkan. Even, nak capai 80% pun susah, lagikan nak dapat markah penuh. Even, insan yang paling dekat dengan aku pun takkan ku bagi markah penuh juga.
Tapi untuk dia, aku boleh bagi 90%. Ok lah... A juga kan? hehe. Dia boleh faham dan tahu situasi-situasi mood aku. Macam mana aku baru nak marah, macam mana aku tengah marah, macam mana aku nak tangani marah dan macam mana aku dah tak marah. Semuanya dia tahu. Oleh sebab itu, dia tak rasa pelik bila kau berperangai pelik. Hehe! Orang lain pelik, dia sorang je tak pelik. Pelik kan?
Sesungguhnya aku bersyukur kerana aku telah dipertemukan dengan dia. Baik dia ke buruk dia ke, aku boleh terima dia seadaanya dan tersangat selesa dengannya. Jika di takdirkan dia bukan jodoh aku, aku tetap bersyukur kerana dia banyak mengajar aku tentang kehidupan yang sebenar. Dia juga mendidik aku supaya menjadi insan yang berguna dan dihargai oleh orang lain walaupun sebenarnya kita tidak sebaik mana pun. Bukan aku berdoa untuk itu, tapi aku berserah sebulat-bulatnya kepada Yang Maha Esa kerana Dia yang menentukan apa yang kita rancang. Sokong tak?
Ok la! stop di sini dulu dan sambung balik kerja yang tertangguh. Anywhere, thanks a lots to My Sweety Honey Bunny Incik SAP my H2B coz tersangat memahami aku dan tersangat bersabar dengan karenah aku sepanjang hampir 6 tahun kita menyulam kasih. Harap kasih yang kita sulam selama ini akan membuahkan hasil yang dapat memuaskan hati semua pihak. Andai kata sulaman kasih kita ini tidak secantik mana, sekurang-kurangnya ia menyedapkan mata yang memandang, sudah cukup memadai. Semoga segala urusan kita untuk bersatu akan dipermudahkan. Amin.
Wednesday, March 20, 2013
Thursday, March 7, 2013
Sejenak Aku Tersedar
Sedang sibuk mengejar apa yang ada di hadapan kita,
membuatkan kita terlupa untuk menghargai apa yang kita ada sekarang. Ternyata! Itu
lah yang aku sedang rasai sekarang. Seharian sibuk bekerja, seharian jugalah
pulang dengan keadaan yang letih dan penat. Berapa banyak masa yang aku dapat
luahkan untuk insan2 yang aku sayang? Mungkin bagi aku itu tidak penting, adakah
bagi mereka rasa tidak penting juga? Mungkin pada mereka sebaliknya sehingga
membuatkan mereka tersinggung terhadap perlakuan kita?
Sedang aku sibuk mencari kekayaan, mencari nafkah untuk aku
meneruskan kehidupan aku, membuatkan aku mengabaikan insan yang aku sayang. Perlu
ke aku berlaku sedemikian rupa? Kerdil sangat kah dia di mata aku? Besar sangatkah
aku berbanding dia? Terlihat pasangan lain sedang melalui musim bahagia
mereka, lalu aku terfikir sejenak, apa tidak bahagiakah aku dan dia selama ini?
Maka… di situ, hilang semua rasa sakit hati, dendam, marah
aku di atas apa yang telah berlaku. Ya! Aku bukan insan yang pendendam, aku
lebih suka redha dan memaafkan segala kesalahan insan lain terhadap aku. Kerna
aku juga insan biasa, pasti akan melakukan kesilapan jua kelak, pasti! Setiap
apa yang berlaku ada sebab yang munasabah dan ada hikmah juga disebaliknya.
Sesungguhnya Allah itu Maha mengetahui dan Maha berkuasa. Hati ini milik DIA,
kita tidak layak untuk membenci hambaNYA yang lain. Malah, kita perlu menjaga
amanahNYA, iaitu hati kita supaya tidak kotor, tidak busuk dan tidak jijik.
Semoga kita diberi ketabahan, kekuatan dan kesabaran penempuhi hari-hari yang mendatang. Setiap apa yang kita lalui pasti mematangkan kita kelak. Dan semoga kita boleh terima dengan redhanya jika kita diuji walau sekuat mana pun, kita tidak akan menyalahkan takdir. Semoga aku perolehi itu semua. Amin
Monday, January 14, 2013
Halamak! My Spectacles Semakin Menebal.
Last time balik kampung, dapat tahu yang my adik perempuan yang dua orang tu termasuk la my mum dah buat spectacles baru. Hish! tak boleh jadi ni. My spec ni dah masuk tahun yang ke 5 tau tak bertukar. So, last week aku dah nekad nak buat juga spec baru dan seharusnyalah makan ratus juga untuk menempahnya. Oleh dengan itu, perlu la aku bekerja dengan lebih bertungkus lumus untuk mendapat wang yang lebih untuk ke arah itu.
Ada lah dalam 3 4 buah kedai cermin mata yang aku masuk usha. Usha bingkai je kot... Haha! konon nak buat bingkai plastik hitam yang sekarang tengah trend tu (Cett! nak up to date juga tu). Aku teringin nak yang sama brand macam my adik perempuan pakai, brand Ray Ban. Tapi semuanya tak padan dengan muka aku yang agak chomel x berapa nak besar ni. So, aku dah decide nak buat kat kedai cermin mata yang pernah aku datang untuk beli contact lens last year. Kat situ best sikit. Tokey dia boleh kautim harga kasi kurang sikit harga bingkai. Terlampau ramah tamah pula tu, I loike! haha. Dan haruslah kan power aku meningkat dan terus meningkat. Rabun jauh yang dahulunya hanya 275 kini sudah menjejaki 400. Rabun silau aku yang dahulunya dah sememang menjejaki 425 sekarang dah jadi 475. Wah!!! cemerlang gemilang dan terbilang kan? Kalau result exam aku time belajar kat UMS dulu sebanyak ni kan best. Haha! Adoyai. Bab harga tu, harus lah mahal kan? Untuk power je, di sebabkan custom made kena la charge RM400++, belum lagi nak Photogray la, Multi-coated la ataupun Transition, untuk itu dah up jadi RM500++. Bingkai lagi... Nasib baik la tokey kedai yang ramah tamah lagi baik hati itu termakan pujuk rayu aku yang tak tergoda ini. dapat la half price dari RM350 tu. Brand Polo Smith je bingkai yang sesuai untuk aku dan semestinya bingkai plastik hitam. Yeay!
Setelah melihat power aku yang cemerlang, gemilang dan terbilang dan harga yang tip top meletop itu, hati kecil aku terdetik dan terus bernekad, untuk membuat pemedahan lasik pada suatu hari nanti. Harus menyimpan mulai sekarang. Tapi... bab menyimpan tu yang aku agak berat sikit. Tiap bulan tu, bila baru dapat gaji adalah asingkan duit untuk simpanan. Tapi bila dah sampai hujung bulan tu, korek balik duit yang aku simpan tu. Macam mana lah duit nak berkepuk kan? Jadi, jalan yang terbaik adalah main kutu la... Tu je cara yang the best dan tak lapuk den hujan dan tak lekang den panas, gitu... Tapi, layak ke mata aku untuk membuat pemedahan lasik? Tu lagi satu hal. Kadang tu bila aku dah penat simpan duit, dan berharapan tinggi, mesti tak dapat. Harap2 boleh la kan, kan, kan? Hai, tak de ke mereka-mereka doktor mata yang baik hati yang sudi bagi diskaun yek, half price ke kan serondok. Haha! terlampau kau ni Alfizahnur.
Ok, la. Uolz... The next post, aku akan paparkan seba sedikit infomasi pasal pemedahan lasik. Kena surf internet and tanya pak google dulu yek. Kalau rasa uolz dah terlebih tahu sebelum aku, sudi-sudi la bagi komen di bawah. Untuk aku simpan buat pekasam. Hehe.
Ok, chao dulu. Nak sambung kerja di office yang serba keputihan ini. Haish, bosannya la kan? tu yang melencong update blog kejap tu. Sempat lagi tu. Haha!
See you soon.
Thursday, December 13, 2012
Stres Itu Di Mana-mana Sahaja
Seriusly memang aku sedang stres sekarang, tidak kira dimana aku pergi, stres itu ada di mana-mana. Di pejabat, haruslah... nama pun kerja, mana ada kerja tak stres. Balik rumah, stres fikir pasal perkahwinan yang tak pernah nak settle. Balik kampung, pun stres kena berdepan dengan emak yang hendak aku dijodohkan dengan orang lain. Arrggghhh! tak lama lagi boleh dapat darah tinggi aku ni. Sabar pza, sabar. Tiada kata lain yang mampu diberi melainkan sabar. Itu jugalah kata-kata yang diberi oleh kawan-kawan ku. Thanks pada korang yang sudi memberi nasihat kepada ku.
Andai hati dan perasaan ku ini boleh di scan, pasti mereka akan memahami betapa aku memerlukan seseorang yang boleh memberi jalan penyelesaian kepada ku. Dan aku tahu hanya pada-Nya, jalan penyelesaian itu ada. Hati ini, milik Allah. Sampai bila-bila pun ia tetap milik Maha Pencipta. Jadi apa yang perlu kita buat adalah berdoa agar Dia tenangkan hati ini.
Walau apa pun terjadi pza, walau kau kena laluinya sendirian, kau tetap kena lalui. Allah takkan uji hambaNya jika hambaNya tidak mampu untuk laluinya. Maka, Allah tahu kau adalah insan terpilih dan mampu untuk lalui ujian ini (Nasihat untuk diri sendiri).
Semoga episod sedih kehidupan aku ini berjalan dengan segeranya dan akan diganti pula dengan episod bahagia yang aku dambakan selama ini. Amin ya rabbil alamin

Saturday, November 3, 2012
My Dearest Cici... Terima kasih buatmu kerana pernah singgah dalam hidupku...
Assalammualaikum korang...
Sesunnguhnya aku sedang merindui kucing kesayangan ku ini. Dan dengan rindu yang sedang membuak-buak ini, terlintas difikiran untuk aku semadikan di blog kesayangan aku ini. Untuk pengetahuan readers semua, kucing kesayangan aku ni (Cici) telah ke dunia lain dan tidak lagi dapat bersamaku di bumi ini. Inilah gambar terakhir dia yang sempat aku ambil. Keesokan harinya dia sakit dan terus menghilangkan diri. Sekembalinya aku dari kampung (untuk sambut hari raya haji bersama family tercinta) aku dapat tahu yang dia telah pun mati. Huaarrrggghhh! sedih beb sebab aku jaga dia dari kecil. Jadi haruslah terasa kehilangan bila dia sudah tidak kembali lagi. Dan hari ini genap lah seminggu dia pergi tinggalkan aku.
Tengok! comelkan dia. Masa ni aku baru amik dia jadi pet aku. Konon-konon nak kawankan dengan si bobo. Korang ingat tak bobo yang pernah aku cerita kat sini
Geramnya aku bila tengok muka cici macam ni. Masa kecil manja sangat. Tidur pun nak atas badan aku.
Time ni muka dia dah berubah sedikit, dah membesar kot.
Cici memang kucing yang baik. Dia faham bahasa, ada bila aku sedih, berak kencingnya pun teratur. Cuma bila dia dah besar, dia kurang dah nak mesra-mesra dengan aku. Iya la rimas kot, dia pun nak freedom jugak. Oh, ya. lupa pulak, mesti korang tertanya-tanya kan punca kematian dia? Sebenarnya aku sendiri tak pasti. Makanan kesukaan dia nasi dan ikan bilis. Dia takkan makan makanan lain selain itu. Jadi hari-hari sesudah aku pulang dari office, akan ku sediakan makanan untuk dia. Tapi suatu hari tu muka dia monyok je dan dia aku nampak duduk termenung di luar rumah. Bila aku angkat dan letak dia di dalam bilik aku, dia muntah-muntah dan tak nak makan macam biasa. Kelmarin baru aku diberitahu oleh jiran-jiran yang dia ada menangkap binatang diluar, kemungkinan dia keracunan makanan akibat termakan cencurut kot... Sian cici.
Ini pulak kuning. sebelum cici sakit, kuning demam. Dua hari dia berpuasa takde selera nak makan pape. Muka pun tak larat nak cuci. Sian aku tengok dia time ni, tidur je.
Bila dia dah sihat sikit, nampak tulang ayam terus dia berselera. Kuning memang suka sangat makan tulang. Kuning pun sedih bila cici takde. Dia pun turut paham yang aku sedih juga. T.T
Mereka ni geng. Ni tengah dok menari lagu Oppa Gangnam Style. Hehe. Bila kuning keluar, cici ikut keluar. Tapi bila masuk balik, Cici la yang lambat sikit... Suka sangat lepak kat luar rumah. Tapi sekarang kuning je yang keluar masuk bilik. Makin manja dah dia sekarang yek...
Sweet kan dia? time ni dia duk mengacau aku tengah buat doorgift untuk weeding aku nanti. Nak marah pun tak jadi bila tengok dia duk baring kat situ. Jadi, kena la stop kejap manja-manjakan dia seketika.
Orang kata kalau kucing tu sayangkan tuan dia, bila dia tahu dia nak mati, dia akan menghilangkan diri. Sepanjang pengalaman hidup aku membela kucing, memang betul kenyataan tu. Macam tu jugak la berlaku kat cici. Sebab semenjak akhir-akhir riwayat hidup cici, dia dah tak suka duduk bilik lepak dengan aku. masuk untuk makan sahaja, lepak kejap tak sampai setengah jam keluar balik. Mungkin dia sedih kot sebab dia nak pergi. Dan dia tak nak aku sedih, sebab itu dia menjauhkan diri dari aku. Masa dia mati tu pun orang lain bagitahu aku yang dia mati kat tempat lain. Time tu aku balik kampung. Sebelum aku balik kampung, hati aku dah risau dah sebab dah memang tahu yang dia tengah sakit, muntah-muntah. Lepas tu seharian dia tak balik-balik.
Buat Cici kesayanganku, Thanks aku ucapkan sebab sudi menyerikan hidup aku sepanjang hayat kau selepas bobo menghilang dan pergi ke tuannya yang lain. Memang kau banyak berjasa, walaupun kau seekor kucing, namun kau la terapi kesedihan aku. Sesungguhnya aku sedih pemergian kau. Miss you so much my dear.... :(
> Cici dalam kenangan <
Saturday, September 15, 2012
Oh, aku allergik!
Beberapa hari yang lepas (setelah ditambah tolak dan bahagi, kira minggu lepas la senang), badanku tetiba sahaja naik bintat2 besar berwarna merah dan gatal-gatal. Puas aku fikir, apakah puncanya. Adakah akibat bed bug? kucing yang aku bela? atau hama? Siap aku sembur racun serangga yang paling kuat sekali di sekeliling tilam aku, pun masih gatal-gatal. Bila aku try tidur di rumah kawan pun masih juga ada bintat baru yang keluar.
Bila dah rasa tension, aku pun pergi la berjumpa dengan doktor. Dan doktor memberitahu aku bahawasanya aku mengalami alergik. Baru aku teringat yang aku ada makan ketam sebelum hari kejadian (Aisehmen! bunyi macam kena kemalangan pula kan?) Dan doktor menasihati aku supaya jangan makan makanan yang mempunyai kandungan dari haiwan termasuklah yang bersekutu dengannya. Ini bermakna aku kenalah vegetarian sehingga la penyakit aku ni sembuh. Alamak!
Sehingga hari ini, dah masuk 4 hari aku vegi. Suffer la juga aku rasa. Just makan nasi yang ada sayur sahaja. Rasa apa tu? Nampak KFC, aku kena tolak ketepi. Nampak GCB, kena tutup mata. Yang tak menahan, nampak kawan aku makan paru lembu, perghhh! favourate aku tu... Telan air liur je la yang aku mampu. Hahaha! Jangan nampak laksa sudah. Hilang pantang aku. Kihikihkih! Pernah aku try makan sikit ayam goreng rempah (kunun-kunun buat ubat la sebab dah mengidam sangat kan kat benda tu, hikhik). Tak sampai setengah jam, menggaru aku kat dalam office. Haha! pandan muka kau fiza!.
Tapi, yang menghairankan aku, kenapa bila aku vegi, ramai orang ingat aku diet? vegi tak semestinya aku diet. Ramai yang salah beranggapan macam tu. Untuk diet tak digalakan vegi sebab ia membuatkan imunisasi dalam badan kita menurun dan ianya tak elok untuk kesihatan badan dan kulit kita.
Aku telah dilarang untuk berdiet atas alasan nanti baju nikah aku pakai jadi longgar. Bila dah longgar, dah orang ingat aku pakai baju pinjam. Siapa yang dapat susah? Akaq jugak, dik! Namun, walaupun aku tak berdiet, aku tetap cuba untuk mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit. (degil jugak aku ni kan?)
Berbalik kepada penyakit alergik aku tadi. Seriously, bila aku just makan sayur je, badan aku tak gatal-gatal langsung dan aku berada disituasi yang sangat selesa seperti sebelum ini. Alhamdulillah... Rupa-rupanya aku alergik dan bukan sebab bed bug mahupun kucing Sebab aku dah puas jadi serangga lahanat tu di sekeliling bilk aku, mana ada! Dan andailah kata memang aku dah tak boleh makan haiwan, OMG! takkan aku nak vegi seumur hidup aku? tak boleh jadi ni. Apa yang aku harus buat, adalah selepas alergik kau ni dah baik, aku akan try makan daging, ayam, ikan mahupun kambing sikit-sikit untuk percubaan. Kalau ok, Alhamdulillah la. Kalau tak boleh, kena la aku vegi seumur hidup aku, adeh... APTB.
Oklah uolz... Jumpa lagi! bye bye!

Aku Bergerak Mengikut Gerak Hatiku
Tinggal lagi sebulan je lagi aku nak bertukar status. Tapi, hatiku tak berkobar-kobar pun macam B2B yang lain. Namun tangan dan kaki ni tetap bergerak membuat persiapan untuk majlis pernikahan tersebut. Otak tetap berputar mendapat idea untuk doorgift apa yang nak diberikan. Kenapa yek begitu keadaan aku? Sudahkah aku bersedia untuk memikul tanggung jawab menjadi seorang isteri kepada H2B aku dan adakah dia ingin memperisterikan insan seperti aku? Beginikah ex B2B alami seketika dulu? Mungkin seru dan jodoh aku dah sampai kot. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana.
Memang banyak dugaan yang aku tempuhi sepanjang tempoh pertunangan ini. Sehingga ke saat ini, aku terus di uji dan di uji. Bagaimanakah agaknya ujian yang akan aku lalui selepas ikatan sah itu? Yang pasti dugaan itu lagi mencabar dari yang kini. Dapatkah aku laluinya dengan penuh kesabaran dan terima seadaanya? Fuh!! (kesat peluh di dahi kejap)
Antara persiapan yang telah aku buat:
1) Membeli al-Qur'an sebagai hantaran
2) Menyediakan kotak hantaran. Esklusif jugak la kotak yang aku dapat tu.
3) Menempah doorgift (beli dalam internet je, sebab aku dah survey kat luar, tak secantik apa yang aku nampak dalam internet)
4) Kotak comel untuk doorgift, aku DIY sendiri. Baru buat sikit. Kena cari kertas murah kat kedai buku untuk tindakan seterusnya.
5) Borang nikah aku dah beli lama dah, tinggal nak jumpa tok kadi je ni dan tunggu side lelaki bagi borang dia.
6) Baju nikah aku siap dah. Tudung pun dah siap cari. Tinggal tunggu penghantaran je. Next week dapat la tu.
Aku nak inform (tak pasti la dah inform ke belum sebelum ni) yang bahawasanya, next month aku just nikah sahaja. Majlis reception akan dibuat pada kemudian hari atas permintaan orang tuaku. Walau hati ini ingin seperti orang lain, namun apakan daya terdapat beberapa halangan. Hanya empunya diri sahaja yang mengetahuinya.
Sekian untuk entri aku kali ini. Maafnya sebab nada seperti orang sedang beremosi tapi sebenarnya aku ok jerk...

Subscribe to:
Posts (Atom)