Background

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, July 25, 2011

Kucing Oh Kucing


Cerita Nabi Muhammad S.A.W Dan Kucingnya...

Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad S.A.W memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu saat, dikala Nabi hendak mengambil jubahnya, ditemuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu, Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan kucing itu sebanyak 3 kali. Setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, Nabi selalu mengendong Mueeza dan diletakkan dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang Nabi sukai ialah ia selalu mengeong ketika mendengar azan dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan. Kepada para sahabatnya, Nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan seperti menyayangi keluarga sendiri. Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan ini sangatlah serius. Dalam sebuah hadis sahih Al Bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi S.A.W pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksa neraka. Isteri Nabi sendiri, Aisyah Binti Abu Bakar pun amat menyukai kucing dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh si kucing. Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman Bin Sakhr Al Azdi diberi julukan Abu Hurairah (bapa para kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan di rumahnya.



Kucing Yang Memberi Inspirasi Bagi Para Sufi...

Seorang sufi ternama bernama Ibnu Bashad yang hidup pada abad ke-10 bercerita, suatu saat dia dan sahabat-sahabatnya sedang duduk santai melepas lelah di atas atap masjid Kota Cairo sambil menikmati makan malam. Ketika seekor kucing melewatinya, Ibnu Bashad memberi sepotong daging kepada kucing itu, namun tak lama kemudian kucing itu datang semula, setelah memberinya potongan yang kedua, diam-diam Ibnu Bashad mengikuti kucing itu hingga akhirnya dia sampai di sebuah atap rumah dan didapatinya si kucing tadi sedang memberikan sepotong daging yang diberikannya tadi kepada kucing lain yang buta kedua matanya. Peristiwa ini sangat menyentuh hatinya hingga ia menjadi seorang sufi sampai ajal menjemputnya pada tahun 1067.

Ada juga cerita tentang seorang sufi di Iraq yang bernama Shibli, dia bermimpi dosa-dosanya diampuni setelah menyelamatkan nyawa seekor anak kucing dari bahaya. Selain itu, kaum sufi juga percaya, bahawa dengkuran nafas kucing memiliki irama yang sama dengan zikir kalimah Allah.



Kisah Kucing Mengembara Demi Kasih Pada Tuannya

Seekor kucing yang dinamakan Clyde pasti gembira apabila akhirnya menemui tuannya di Tasmania, Australia. Pertemuan tersebut telah dinanti oleh kucing tersebut selama 3 tahun setelah melalui pengembaraan panjang sejauh 3862 km. Ashley Sullivan, pemilik kucing tersebut mengaku telah pasrah untuk menerima hakikat bahawa dia tidak dapat menemui kucing kesayangannya lagi setelah perpisahan yang berlaku 3 tahun yang berpunca dengan kehilangan kucingnya itu di Magra, 40 kilometer Hobart,Tasmania.
Ketika seorang doktor haiwan dari Cloncurry, daerah terpencil di sebelah utara Queensland, telah mengenalpasti Clyde dengan mikrocip yang ada di tubuhnya, Sullivan bagaikan tidak percaya akan episod pertemuan tersebut. Walaupun tiada siapa yang tahu bagaimana Clyde bpleh mengembara sejauh itu untuk mencari tuannya, namun 1 hakikat yang kita perlu tahu adalah.. “percaya lah pada keajaiban”..believe in miracles..




Seronok bila baca kisah2 kucing di atas kan? Bila dah abis baca kisah nie, terasa bersemangat pulak nak menjaga kucing nie. Kan kucing haiwan kesayangan nabi kita. Tapi seriously bila kita bela kucing, terasa rezeki kat umah tak pernah putus. Sebenarnya saya satu family memang penggemar kucing. Dulu banyak kucing kat umah. Setelah pelbagai peristiwa berlaku, maka tinggal la 3 ekor je yang ada kat umah. Sob, sob.

Buat adik2 ku, sayangilah kucing2mu, sebagaimana kamu menyanyangi ahli keluarga mu....

Cukup utk setakat nie, lain kali jumpa lagi.   

No comments:

Post a Comment