Background

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 28, 2012

Oh BoBo... Oh MiKo...

Sedihnya bila kita dah sayangkan dia, tetiba dia hilang entah ke mana...

Saya ada memerlihara 2 ekor kucing. BoBo diambil oleh H2B saya di Gulam Mee (Sebuah pusat untuk menjamu selera yang terletak di Kota Damansara). BoBo diambil pada awal bulan April. BoBo ni memang kucing yang baik. Dia sanggup menahan untuk membuang (tak kira la besar ke kecik ke) selagi dia tak jumpa pasir. BoBo juga tersangat gemar makan nasi dicampur dengan ikan bilis (kucing yang menjimatkan kos). Adanya BoBo, saya jadi terhibur walaupun badan saya penuh dengan kesan cakarannya, adeh... Dialah kawan sebilik saya, setilam dengan saya.

Kemudian datang pula si MiKo yang entah dari mana (tetiba je ada kat depan rumah) pada pertengahan bulan Mei. MiKo adalah kucing Siam. Mata bulat berwarna biru hidung dan telinga besar dan hitam. Dengan adanya MiKo, hidup BoBo pula tak bosan. Pada mulanya MiKo selalu menjadi bahan buli BoBo. Yelah, BoBo kan dah nak bujang, MiKo budak lagi. MiKo punya perangai yang sama macam BoBo. Sebab itulah mereka mudah serasi. Adanya MiKo juga, saya kurang diberi perhatian oleh BoBo. Tapi, tak apa la. Saya tengok mereka bergurau senda pun saya jadi terhibur.

Tapi sekarang... dua-dua pun sudah hilang entah ke mana mereka pergi. Diambil orang ke, mati ke atau sesat jalan pulang ke,saya tak pasti. Ternyata jodoh saya dengan dua ekor kucing kesayangan saya ni tak panjang. Sedihnya rasa hati bila kita dah sayangkan mereka, tetiba mereka hilang entah ke mana...

Tapi, saya berharap sangat agar kedua-dua kucing saya ini akan kembali. Rindunya saya pada mereka sehingga terbawa-bawa ke mimpi 2-3 hari ni. Yang ada pada saya cuma gambar-gambar mereka ini sebagai pengubat rindu saya. Adoi... emo nya la saya ni kan? Saya akui memang saya 'Cat Lover'.

Inilah BoBo... BoBo sangat suka buat style duduk macam ni. Siap silang kaki lagi.

BoBo suka makan rumput organik yang saya tanamkan untuk dia.

Alahai... chumelnya dia titon kan? Huhu


Ini pula si MiKo... Mata bulat warna biru.. Di setiap hujung badannya berwarna hitam, macam terpijak longkang pun ya


Nak gambaran yang lebih jelas... nah ni dia... Tang tut pun warna hitam. Hihi. Chumelnya dia kan?


Si BoBo dan si MiKo yang keletihan setelah penat bergurau. 
Ala... Rindunya kat mereka. Hmmm....

Semoga mereka selamat dan di jaga makan minum oleh tuan baru mereka. huhu.

Tuesday, May 15, 2012

Kami sedang diduga…


Assalammualaikum buat semua readers yang kesudian melapangkan masa anda semua membaca blog saya yang tak seberapa nie… Sedang saya kesedihan ini, hati kecil terasa ingin luahkan segala yang terbuku. Tapi tak semestinya semua perlu kita dedahkan kepada umum. Perlu juga private dan confidentialnya Perlu juga menyimpan aib sendiri dan yang bersekutu dengannya.  Biasalah, langit tak selalunya cerah, hari tak biasanya indah. Betul lah kata orang, dugaan bertunang ini amatlah kuat berbanding masa bercouple dulu. Sekarang kami diduga.

Ketika saya menaip entry ini, saya sedang berjauhan dengan si dia. Setelah hati disakiti, biarlah saya berjauhan merawat luka ini sendirian agar di masa yang mendatang saya menjadi lebih kuat untuk menempuhi dugaan yang lebih mencabar. Rindu, risau haruslah ada bila dah duduk berjauhan ni. Jauh disudut hati saya, saya masih sayangkan dia dan tidak pernah pun berkurang, malah makin bertambah. Biarlah apa orang nak kata tentang dia, bila hati dah sayang semuanya baik belaka. Bukan kesempurnaan yang saya mahukan darinya, cukuplah dia menyempurnakan hidup saya. Dan saya tahu dia pun masih manyayangi saya, dan sayangnya masih tebal walaupun dia tak menunjukannya dengan jelas. Apa yang saya mampu lakukan adalah berserah kepada yang Maha Esa. Jika benar dia dicipta untuk saya, dia akan kembali semula kepada saya. Jika dia bukan dicipta untuk saya, saya bersungguh beriya bergolok bergadai sekalipun dia tetap bukan untuk saya.

Kepada kengkawan saya yang sudi menolong saya di waktu ini, tidak kira dari segi apa sekalipun, amat2lah saya hargai dan hanya Tuhan saja yang mampu membalas jasa dan budi baik kalian. Begitu juga kepada bos2 saya yang cukup memahami saya walau tanpa kata dari saya sekalipun. Saya juga harus tahu, walau sekuat mana pun dugaan saya ini, ada lagi yang lebih kuat dugaannya. Mula lah saya teringat kengkawan saya yang menghadapi masalah rumahtangga mereka, termasuklah bff saya Julia yang pernah saya ceritakan dulu di entry ini juga pernah dan sedang menghadapi dugaan yang terbesar dalam hidupnya. Semoga dia semakin sihat dan kembali ceria seperti dahulu. Sejujurnya saya berasa sunyi tanpanya yang dulunya sentiasa disisi saya. Walaupun kami jauh di daerah yang berlainan dengan cara hidup yang berbeza namun kami sentiasa dekat dihati.

Cukuplah rasanya saya beremo setakat di sini saja. Doakan semoga saya dikuatkan semangat, ditabahkan hati dan diteguhkan iman dalam menghadapi dugaan ini dan yang mendatang. Amin. Sesungguhnya yang baik hanya datang dari Allah, dan yang buruk itu dari kita sendiri. Saya redha denganNya terhadap apa yang berlaku. Jika memang kami ada jodoh, diharap semuanya dipermudahkan. Amin.

Sekian, Wasalam

♥ ANDAI LELAKI TAHU ♥


Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

♥ SEMOGA BERMANFAAT ♥

Hak cipta adalah milik Allah SWT semata. Hak kita sebagai manusia adalah berlumba-lumba menyebarluaskan kata-kata kebaikan kepada seluruh umat manusia.

Sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta sejatinya.. ibarat tasbih & benang pengikatnya. terajut menjadi satu untaian yang selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia yang bibirnya basah akan cinta kepada tuhanNya


Semoga tulisan sederhana ini bermanfaat bagi Anda. Mohon maaf bila ada kata-kata yang kurang berkenan.

Semoga kita dapat mengambil hikmah dalam setiap kejadian.